• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Mengandung Tawar Seks Untuk Bayar Kos Bersalin

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBU merupakan seorang insan yang sanggup berkorban demi kebajikan anak-anaknya.

Walaupun sedang mengandung, pasti si ibu tetap akan melayan kerenah anak-anaknya yang lain.

Namun, lain pula bagi bakal ibu ini apabila sanggup menawarkan perkhidmatan seks walaupun sudah sarat hamil tujuh bulan.

Wanita tersebut yang dikenali dengan FWS ditangkap bersama rakannya kerana didakwa menawarkan perkhidmatan seks melalui media sosial.

Wanita berusia 27 tahun ini dan rakannya itu ditangkap pada minggu lalu di sebuah bilik hotel di Surabaya, Indonesia.

Menurut pihak polis, kedua-dua wanita tersebut telah ditahan pada 30 Oktober lalu kerana menawarkan perkhidmatan seks secara threesome.

Mereka ditangkap di sebuah bilik hotel dalam keadaan bogel dan sedang melayan seorang pelanggan.

Menurut sebuah portal tempatan, mereka mendapat bayaran sebanyak 700,000 rupiah (kira-kira RM219) untuk perkhidmatan selama dua jam.

Namun, bayaran tersebut dikongsi bersama. Wanita hamil itu hanya mendapat 300,000 rupiah (RM94), manakala rakannya mendapat 400,000 rupiah (RM125).

Menurut wanita itu, dia terpaksa ‘bekerja’ kerana masalah ekonomi yang dihadapinya sekali gus demi menampung kos bersalinnya nanti.

“Saya sedang mengandung tujuh bulan, tapi (ketika ditahan) suami saya tidak tahu saya sedang ‘bekerja’. Keperluan yang mendesak saya melakukan ‘pekerjaan’ ini,” katanya.

Ekoran perbuatannya, wanita itu boleh dipenjara maksimum 15 tahun kerana melacur dan ‘menjual’ rakannya untuk melakukan seks.

Pihak polis turut merampas cadar bilik hotel berkenaan, wang tunai serta dua telefon bimbit sebagai bahan bukti untuk perbicaraan di mahkamah.

Rasanya, ada cara lain lagi mendapatkan wang untuk biaya kos bersalin itu nanti dan ini bukannya cara terbaik untuk mendapatkan wang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ibu mengandungIndonesia
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd