• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hotel Anti-Islam Di Kuantan Larang Pelanggan Hijab

oleh
05/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebelum ini netizen bukan Muslim kecoh isu kontroversi kedai dobi ‘mesra Muslim’ di Muar sehingga tular dan diarahkan tutup oleh Sultan Johor sendiri jika masih degil beroperasi.

Kes itu dapat perhatian umat Islam yang simpati dengan pengusaha premis tersebut waima ia jelas tidak menyalahi peraturan pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Ia turut terima sokongan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meskipun seorang pendakwah terkenal, Ustaz Zamihan Mat Zin ditahan polis di bawah Akta Hasutan kerana kritik pandangan Sultan Johor itu.

Begitulah ‘kuat’ pengaruh golongan bukan Muslim di negara ini meskipun yang jadi penduduk majoriti ialah orang Islam apabila peliknya terpaksa pula mengalah bertolak ansur demi memelihara keharmonian masyarakat majmuk.

Walhal amalan itu bukan asing di Malaysia kerana premis pertaruhan nombor judi dan kedai jualan minuman keras pun larang pelanggan Muslim untuk masuk berurusan serta tidak pernah menjadi bahan polemik sejak sekian lama.

Malah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menyifatkan isu kedai itu bukanlah besar pun berbanding tindakan segelintir majikan bukan Islam sengaja diskriminasi pekerja Muslim terutama dalam soal ibadah fardu.

Baca: Tak Salah Kedai Dobi Muslim – Bekas Ketua Hakim Negara

Juga: Yahudi Israel Pun ‘Ketawa’ Perancis Mahu Haram Burkini

Pengusaha Dobi Mohon Maaf Patut Diterima Baik
Papan tanda sebuah kedai dobi yang melarang pelanggan bukan Islam berurusan. – Gambar hiasan

Terbaharu, sebuah hotel terkenal di Kuantan, Pahang mencetuskan kemarahan umat Islam apabila bertindak biadab melarang wanita Muslimah yang berhijab untuk menggunakan kemudahan kolam renang di premis berkenaan.

Isu ini didedahkan portal Menara.my yang memetik kekesalan Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar menerusi akaun Facebooknya.

“Saya menyeru pihak berkuasa, Majlis Raja-Raja, persatuan perhotelan Malaysia memandang serius perkara ini dan memastikan tiada hotel lain bebas memaparkan papan tanda bersimbol yang agak keliru sebegini,” rayu beliau.

Mengulas isu larangan pemakaian burkini untuk Muslimah berenang di kolam renang hotel itu, Rafidah Hanim menzahirkan kebimbangan kerana ia jelas merupakan diskriminasi terhadap wanita Islam untuk menutup aurat.

“Papan tanda ini adalah satu bentuk diskriminasi kepada Muslimah mengggunakan kemudahan kolam renang. Larangan ini juga bermakna anak Muslim terhalang mandi di situ kerana ibu mereka tidak dapat memantau efektif.”

Beliau turut bimbang larangan tersebut boleh jejas perpaduan kaum di negara ini kerana simbol digunakan itu ialah tanda spesifik merujuk Muslimah yang bertudung, padahal amalan beragama juga adalah hak asasi setiap manusia.

Untuk rekod, larangan hijab dilaksanakan di beberapa negara maju Eropah yang sering dakwa menjunjung prinsip kebebasan bersuara, tetapi tidak untuk umat Islam konon atas faktor keselamatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bawah sekadar hiasan

Tags: burkinihijabhotel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ikrar Bawa Tanglung Rupanya Seludup Rokok, Arak Bernilai RM9 Juta

Remaja Tidur Di Hotel 6 Hari, Sebelum Berjaya Larikan Diri

18/01/2024
0

Hulu Selangor: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari surau perumahan Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini...

Empat ‘Superman’ LPT1 Didakwa Di Mahkamah

Pemandu Lori Didakwa Rogol Anak Di Hotel

29/12/2023
0

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 14...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd