• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gila Cekik Darah… Kari Kepala Ikan RM600

oleh AK-47
21/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAMBAR sekeping resit yang dikeluarkan oleh sebuah restoran mamak terkenal di ibu negara tular di media sosial ekoran menggenakan caj harga kari kepala ikan yang didakwa tak masuk akal.

Menurut pemilik resit berkenaan, Faudzy Asrafudeen, empat mangkuk kari kepala ikan merah yang dipesan keluarganya pada malam hujung minggu lalu berjumlah RM600.

Ini bermakna setiap kepala ikan berharga lebih kurang RM150, dan ia belum termasuk hidangan makanan dan minuman lain, menjadikan keseluruhan bil hampir RM1,000.

“Bil makanan lain saya rasa ok sahaja tapi cuba lihat harga empat kari kepala ikan, terlalu melampau.

“Saya ambil keputusan untuk tidak lagi ke restoran tu. Anda semua, sila berhati-hati,” katanya berdasarkan posting yang dimuat naik pada Isnin.

Difahamkan, ini bukan kali pertama Faudzy makan kari kepala ikan di restoran mamak berkenaan dan menjelaskan harga yang biasa dikenakan kepada pelanggan adalah antara RM50 dan RM80 semangkuk.

Dia bagaimanapun tetap membayar caj berkenaan namun kesal dengan sikap restoran mamak tersebut gara-gara meletakkan harga semahal itu.

“Saya bayar sajalah. Takkan tak bayar pula, sebab dah makan. Tapi saya memberi peringatan kepada semua sebab tak nak orang lain pula yang terkena macam kami,” katanya.

Menurutnya lagi, pekerja restoran mamak berkenaan sepatutnya memberitahu dahulu jenis harga yang disediakan, agar pelanggan tidak ‘terkejut’ ketika membayar di kaunter.

“Beritahulah jenis harga yang disediakan, kalau kecil, sederhana atau besar berapa harganya, jangan tahu hanya ambil tempahan sahaja,” katanya lagi.

BACA : Benarkah Durian Raja Kunyit Berharga RM5,760?

Di ruangan komen, netizen tampil mendedahkan restoran berkenaan yang terletak di kawasan segi tiga emas di ibu negara memang terkenal dengan harga yang agak tidak munasabah kepada pengunjung.

“Kepala otak mamak charge RM600 untuk empat kari kepala ikan! Gila-gila tak patut,” tulis Normanis Nawawi.

“Satu kepala ikan rasanya tak sampai RM30 kot, tu sebab kita tak gemar nasi kandar, tak ada special apa pun, masak sendiri lagi afdal. Hati tak sakit kena overcharged macam ni,” kata pengguna Facebook yang menggunakan nama Roza Sure Bagus.

Sementara itu, Faudzy bagaimanapun tidak bercadang untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa dan hanya meminta agar orang ramai tidak menjadi mangsa sepertinya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kedai mamakmahal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

Ramai Pemilik 4×4 Mahu Lepaskan Kenderaan?

Ramai Pemilik 4×4 Mahu Lepaskan Kenderaan?

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Kenaikan mendadak harga diesel didakwa memberi kesan besar kepada pemilik kenderaan pacuan empat roda (4x4) apabila ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd