Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

“Nama Saya Dikemukakan Untuk...

GEORGE TOWN - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr. Mujahid Yusof...

Bangladesh Hantar Pelarian Rohingya...

DHAKA - Kerajaan Bangladesh akan mula menempatkan kira-kira 100,000 pelarian Rohingya di sebuah...

Korban 3.4 Juta, Kes...

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 164.4 juta kes.Ia...

Penyakit Misteri Ragut 18...

LAGOS - Satu penyakit misteri yang membunuh pesakit dalam tempoh 24 jam sudah...

Dua Calon SPM Naik Lori Ke Dewan Peperiksaan

KUALA BERANG – Dua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa dibawa menaiki lori muatan berat untuk menduduki kertas terakhir peperiksaan apabila jalan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jenderis di sini dinaiki air setinggi satu meter.

Mohamad Hafiz Kassim,17 dari Kampung Tok Lawit dan Muhammad Hairi Izuan Rosli, 17 dari Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu hari ini menduduki kertas MPV Menservis Motosikal.

Mohamad Hafiz berkata beliau mula cemas apabila melihat paras air semakin meningkat kerana risau tidak dapat menduduki kertas SPM terakhir baginya.

“Saya ingat tahun ini sempat duduki peperiksaan tanpa perlu menghadapi banjir tetapi jangkaan meleset apabila air mula naik dan saya sempat menghubungi guru untuk tindakan lanjut.

“Syukurlah dapat sampai ke sekolah dan pengalaman ini amat berharga apatah lagi dapat menaiki lori muatan berat Angkatan Pertahanan Awam(APM),” katanya kepada pemberita di sini.

Operasi berkenaan turut disertai Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail dan Pegawai APM Daerah Hulu Terengganu, Lt (PA) Sansuri Yaakob.

APM Hulu Terengganu juga turut berjaya membawa empat pengawas peperiksaan bersama kertas peperiksaan ke sekolah tersebut dan tiba pada jaml 8 pagi tadi.

Sansuri berkata pihaknya telah menerima panggilan PPD Hulu Terengganu pada jam 9.02 malam tadi untuk membawa pelajar, pengawas peperiksaan dan kertas peperiksaan ke SMK Kuala Jenderis dan turut membuat tinjaun ke beberapa jalan yang boleh dilalui.

“Kita telah membuat tinjauan di Kampung Kepah pada jam 2 pagi dan jalan berkenaan tidak dapat dilalui kerana paras air agak dalam mencecah 1.5 meter…seterus itu kami membuat tinjauan ke jalan Kampung Kuala Pueh dan jalan berkenaan boleh dilalui seperti biasa.


“Setakat ini cuaca di sini masih mendung dan hujan renyai…sebanyak 20 pusat pemindahan telah dibuka dan seramai 534 mangsa berada di seluruh pusat pemindahan di daerah ini sejak jam 7 pagi tadi.

Sementara itu, seorang ibu di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu sempat membawa keluar menantunya yang sedang berpantang lima hari dari rumah ketika air sedang naik semalam.

Siti Mat Zain, 58, berkata beliau bertindak awal dengan meminta anak lelakinya bergegas membawa menantunya Siti Sarah Besar, 38 yang tinggal di Kampung Padang Tengir, apabila melihat paras air banjir yang semakin meningkat.

“Perkara ini bukanlah satu yang luar biasa bagi saya kerana setiap tahun rumah saya akan banjir dan paling awal kerana berdekatan dengan sungai…persediaan awal sudah dilakukan dan alhamdulillah tiada berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.

Seramai 103 mangsa terdiri daripada 55 buah keluarga di kampung berkenaan dipindahkan ke pusat perpindahan bermula jam 11 malam tadi selepas air sungai Kuala Ping melepasi aras bahaya setinggi 20 meter.

Seorang lagi mangsa, Norli Mohamad, 34 berkata mereka berpindah ke pusat pemindahan pada jam 3 pagi selepas dinaiki air banjir melebihi paras pinggang di rumahnya.

“Banjir sudah seperti acara tahunan bagi kami sekeluarga dan penduduk di sini,” katanya. – BERNAMA

Kategori