• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon SPM Terjejas Banjir Boleh Duduki Di Sekolah Lain

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pulau Pinang yang terjejas banjir dan sekolah mereka dinaiki air boleh menduduki peperiksaan di sekolah lain.

Peperiksaan SPM akan bermula esok.

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Shaari Osman berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa buah sekolah yang terjejas.

“Saya telah arahkan pengetua sekolah yang terlibat dalam banjir untuk memaklumkan kepada pelajar mereka supaya mengambil peperiksaan di sekolah berhampiran yang tidak terjejas.

“Kami juga telah mengambil langkah segera dan membuat persediaan rapi bagi memastikan semua calon SPM dapat menduduki peperiksaan kertas Bahasa Melayu esok,” katanya kepada Bernama.

Shaari berkata para calon juga diminta sentiasa berhubung dengan pihak sekolah bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat dan betul supaya mereka tidak tercicir dari peperiksaan.

Sementara itu seorang calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bertam Indah, Muhammad Alif Syazwan Nor Azli, 17, berkata selain sekolah, rumahnya turut dinaiki air.

Namun dia bernasib baik kerana sempat menyelamatkan buku serta peralatan alat tulisnya untuk menduduki peperiksaan.

“Cikgu dah beritahu, esok kalau air tak surut juga di sekolah, kami kena ambil peperiksaan di sekolah berhampiran,” katanya.

Seorang lagi pelajar SMK Bertam Indah, Mohd Firdaus Naim Hasni, 17, berkata rumahnya di Taman Bertam Indah turut dinaiki air banjir hingga paras pinggang, namun dia sempat menyimpan keperluan peperiksaannya sebelum dihanyutkan air.

“Kami juga dibenarkan hadir untuk mengambil peperiksaan SPM esok dengan memakai baju sukan sekolah kerana ada di antara kami yang baju sekolah basah dan kotor kena air banjir.

“Ada juga kawan-kawan saya yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah kerana rumah mereka dinaiki air, sementara saya sekeluarga tumpang rumah nenek di Bertam,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirSPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd