Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Baru Bercerai, Vida Akui...

BELUM tamat tempoh edah, pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Vida atau...

Orang Asli Tidak Terpinggir...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana golongan masyarakat termasuk Orang Asli...

Mahu Tenun Diraja Pahang...

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap agar industri...

Kerana Panas, Mahasiswa China...

CHINA – Bagi mengatasi masalah kepanasan pada waktu malam, sebuah universiti menyediakan tempat tidur...

Calon Kembar SPM Ulang Kaji Pelajaran Bersama-Sama

MELAKA – Calon kembar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah, Bachang, di sini Aisyah Hamizah Sanimu dan Sanidah Hanani antara 14,464 calon yang menduduki peperiksaan di Melaka, yang bermula hari ini.

Aisyah Hamizah berkata beliau dan kembarnya sentiasa melakukan ulang kaji bersama-sama dan sentiasa bersaing antara satu sama lain bagi memastikan mendapat keputusan cemerlang.

“Janji kami adalah untuk mara ke menara gading bersama-sama dan berkongsi cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM),” katanya kepada pemberita sebelum masuk ke dewan peperiksaan sekolah.

Terdahulu Exco pelajaran negeri Melaka, Datuk Seri Md Yunos Husin hadir meninjau seramai 155 calon SPM yang menduduki peperiksaan SPM di sekolah berkenaan.

Anak keempat daripada tujuh beradik itu berkata beliau dan kembarnya telah melakukan persediaan awal sejak awal tahun dan rasa agak berdebar namun akan melakukan yang terbaik kerana SPM adalah peperiksaan yang penting dalam menentukan masa depan mereka.


“Keluarga dan guru banyak memberi dorongan kepada kami dan kami tidak ingin menghampakan harapan mereka,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru.

Kembarnya, Sanidah Hanani yang meminati subjek perakaunan berkata walaupun memilih bidang berbeza daripada kembarnya, beliau berharap dapat bersama-sama melanjutkan pelajaran di UiTM nanti. – BERNAMA

Kategori