• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Bercadang Selaraskan Pencen Pesara ATM

oleh Ahmad Albab
09/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum bercadang untuk membuat pelarasan pencen bagi pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana langkah itu melibatkan penjawat awam lain dan implikasi kewangan yang besar, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata buat masa ini kerajaan memperkenalkan beberapa insentif lain seperti Bantuan Bakti Negara, Skim Anuiti Veteran, kenaikan Skim Hilang Upaya Veteran dan bayaran Insurgensi Khas kepada veteran yang hilang upaya sebelum 2001.

“Kementerian telah dan terus merancang untuk memberikan pelbagai bentuk bantuan sama ada kepada yang berpencen atau tidak berpencen dan tumpuan khas adalah kepada usaha kita mengurangkan bebanan kos sara hidup veteran-veteran kita,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Hishammuddin menjawab pertanyaan Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang ingin tahu bilakah pelarasan pencen anggota ATM dapat dilaksanakan.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-tugas Khas, berkata sebelum 2013, apabila skim gaji baharu ATM diperkenalkan, kadar pencen pesara ATM telah turut dilaraskan.

Katanya pelarasan pencen bagi semua bekas tentera yang berpencen dilaksanakan mengikut Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen,Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982.

“Sebagai satu simulasi, pesara ATM berpangkat pegawai Waren 1 yang bersara pada 1978 dengan gaji semasa RM1,120 menerima pencen sebanyak RM560, bagaimanapun selepas beberapa kali pelarasan pencen beliau, pada 2017 menerima RM1,544.75,” katanya.

Hishammuddin berkata pembentangan Bajet 2018 pada 27 Okt lalu, kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar pencen minimum kepada RM1,000 bagi pesara tempoh perkhidmatan 25 tahun dan turut terpakai kepada anggota-anggota lain pangkat ATM yang berkhidmat selama 21 tahun.

Menjawab soalan tambahan Mohamad Imran yang mahu Majlis Angkatan Tentera (MAT) diberikan peranan melaraskan pencen bagi pesara anggota ATM, Hishammuddin berkata majlis itu hanya melibatkan perkara berkaitan pemerintahan ATM seperti diperuntukkan dalam perkara 137 Perlembagaan Persekutuan Angkatan Tentera 1972.

“Dari segi undang-undang, MAT tiada pilihan perkara berkaitan dengan perbelanjaan (gaji dan elaun) kerana ia hendaklah diluluskan melalui Parlimen dan Kementerian Kewangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KerajaanPesara ATM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan pada tahun 2003 pernah membatalkan semua peruntukan kepada...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd