• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi: Bekas Pekerja Kontrak Dipenjara Sehari, Didenda

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Padah mencuri pelbagai barangan di sebuah pasar raya, bekas pekerja kontrak dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini hari ini.

Majistret Norina Maludin menjatuhkan hukuman itu terhadap Norizam Salam, 33, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan berkenaan sebaik kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mahkamah memerintahkan bapa dua anak itu menjalani hukaman penjara mulai hari ini dan dipenjarakan tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Lelaki itu didakwa dengan niat curang mencuri barangan makanan runcit milik pasar raya itu bernilai RM720.15 di Aeon Ayer Keroh di sini pada 9.30 malam, 7 Okt lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan kes kecurian di pasar raya berkenaan dan sebagai pengajaran kepada tertuduh serta orang awam.

Sementara itu, di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh seorang ibu dua anak, Norizati Sulaiman, 29, turut dipenjara sehari dan didenda RM1,000 atau penjara sebulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri pelbagai barangan runcit bernilai RM330.22 di premis sama di sini pada 9.20 malam, 25 Sept lepas.

Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari memohon hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat memandangkan barangan yang dicuri bukannya keperluan asas.

Bagaimanapun peguam Nik Norhaizun Che Mat yang mewakili tertuduh memohon hukuman anak guamnya diringankan atas alasan tertuduh perlu menjaga anak-anaknya selain bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai peniaga.

Kedua-dua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudiannya hendaklah dihukum dengan penjara dan denda atau sebat. – BERNAMA

Tags: didendaMencuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

29/08/2024
0

MELAKA: Seorang pekerja pengurusan jenazah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah menakutkan isterinya dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd