Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Najib Terima Surat Penghargaan...

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak menerima surat penghargaan Masjid Al-Aqsa di...

Jual Air Mani….Seorang Lelaki...

GILA...derma air mani kini menjadi satu perkara yang mendatangkan wang. Atas sebab itu...

Warna Putih Paling Popular...

WASHINGTON DC - Warna meskipun dianggap cukup remeh, sebenarnya masih lagi menjadi salah...

Yeoh Perlu Guna Kuasa...

Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa Menteri Belia...

Bekas Peguam Didakwa Pecah Amanah RM700,00

PETALING JAYA – Seorang bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM700,000, dua tahun lalu.

Azlan Abdullah, 42, sebagai peguam di Tetuan Azlan & Partners, yang merupakan ejen dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan wang pertaruhan hasil penjualan sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Sunway, di sini, didakwa melakukan pecah amanah berhubung harta itu yang bernilai RM700,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tetuan Azlan & Partners, di Jalan USJ 10/1J, UEP Subang Jaya, di sini pada 6 Feb 2015 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim menawarkan jaminan RM70,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Zamri Idrus memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak berpendapatan tetap kerana telah diisytihar muflis.


“Anak guam saya juga bersedia untuk dikenakan syarat tambahan sekiranya jaminan yang rendah dibenarkan,” kata peguam itu.

Hakim Hilmiah Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua orang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan ke mahkamah dan melaporkan diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali dan 12 Dis ditetapkan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori