• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Baharu Ganti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

oleh Ahmad Albab
09/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dimansuhkan dan diganti dengan akta baharu, kata Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Dr Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim.

Beliau berkata akta baharu perlu memandangkan akta sedia ada telah diguna pakai melebihi 40 tahun sedangkan masalah berkaitan alam sekitar semakin mencabar, seiring dengan perubahan waktu.

“Masalah alam sekitar semakin kompleks… ada banyak isu lain yang timbul di negara kita disebabkan perkembangan teknologi dan ekonomi. Akta sedia ada tidak cukup untuk menangani isu terkini.

“Kita kena bersedia untuk mengawal masalah pencemaran alam sekitar dengan undang-undang baharu yang lebih menyeluruh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Latihan ‘Table Top Kawalan Tumpahan Minyak’ Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Ahmad Kamarulnajuib menambah draf undang-undang baharu itu telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk semakan sebelum ke peringkat seterusnya.

Sementara itu, dalam ucapannya Ahmad Kamaulnajuib berkata sebanyak 149 aduan pencemaran minyak di perairan Malaysia dilaporkan sejak 2009 sehingga Oktober lalu.

Katanya pencemaran akibat tumpahan minyak sukar diramal dan memerlukan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Laut Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk operasi pembersihan dilakukan segera.

“Kegagalan bertindak balas dengan pantas dan selaras akan menyebabkan kerosakan yang besar kepada ekosistem dan persekitaran marin yang sudah pasti mengakibatkan kerja pembersihan menelan belanja yang lebih tinggi,” katanya.

Ahmad Kamarulnajuib menambah tumpahan minyak di laut bukan sahaja berpunca daripada kapal tetapi juga boleh berlaku di kawasan yang mengendalikan minyak dan bahan kimia serta pelabuhan.

Sehubungan itu, beliau berkata menjadi keperluan utama untuk kawasan berkenaan mempunyai Pelan Kontingensi Tahap 1 dan dilengkapi peralatan penting serta kumpulan bertindak jika berlaku situasi tumpahan minyak.

“Saya ingin meminta Bahagian Air dan Marin JAS mengkaji pendekatan ‘Guided Self-Regulation’ (kawal selia kendiri terbimbing) untuk diterapkan kepada premis yang terlibat dalam industri minyak di laut dan operator pelabuhan.

“Ini supaya mereka perlu mempunyai polisi alam sekitar dan orang yang berwibawa untuk mengendalikan kes tumpahan minyak, sekurang-kurangnya tahap Tier 1 supaya kejadian ini dapat dikawal pada peringkat awal sebelum merebak ke kawasan lebih luas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Akta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd