• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen BN Tak Hadir Dewan, Kena Tindakan

oleh Ahmad Albab
22/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan dalaman telah diambil terhadap anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin lalu yang menyaksikan Rang Undang-Undang Perbekalan untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diluluskan selepas menerima 52 undian sokongan berbanding 51 undian bantahan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau juga telah menasihatkan anggota Parlimen BN supaya lebih serius untuk menghadiri sesi Dewan Rakyat.

“Yang penting kita menang tetapi sebenarnya saya telah ambil tindakan… tindakan dalaman. Saya telah menasihatkan mereka, mereka harus lebih serius hadiri persandingan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan misi bantuan makanan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh di perkarangan Parlimen, hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat Isnin lalu kecoh apabila penggubal undang-undang daripada kedua-dua pihak berperang mulut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan undi belah bahagian berkenaan.

Kekecohan itu tercetus apabila G. Manivannan (PKR-Kapar) bangun sebaik sahaja Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin menggulung perbahasan RUU Perbekalan peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.

Manivannan telah mencadangkan supaya undi belah bahagian diadakan untuk menentukan sokongan terhadap RUU Perbekalan itu sebelum ia berjaya diluluskan selepas menerima 52 undian sokongan berbanding 51 undian bantahan.

Sementara itu, misi bantuan hasil inisiatif tanggungjawab sosial korporat Halal Industry Development Corporation (HDC) berkenaan akan menghantar sebanyak 25 tan makanan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang beroperasi di kem pelarian Rohingya di Bangladesh.

Syarikat-syarikat multinasional seperti F&N Marketing Sdn. Bhd., Nestle (M) Berhad, Dutch Lady Milk Industries Berhad dan Fortune Lab Sdn. Bhd. merupakan antara penyumbang barang makanan bagi misi itu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee yang akan mengetuai misi bantuan itu berkata seramai 12 anggota Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang akan turut serta dalam misi tersebut.

“Kita (misi) akan bertolak ke Chittagong Jumaat ini dan menuju ke khemah Cox’s Bazar,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin. – BERNAMA

Tags: Ahli ParlimenDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd