Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Maut Dipukul Ibu,...

KESIAN....kanak-kanak malang ini, Pu Jinyu meninggal dunia selepas dipukul oleh ibu dan kekasih...

Umat Islam Tolak Hudud...

KUALA LUMPUR - Umat Islam yang menentang hukum hudud telah terkeluar daripada agama...

Kerajaan Awasi Isu Jejas...

PUTRAJAYA - Kerajaan mengambil maklum kemungkinan timbul isu yang boleh menjejaskan keharmonian rumah...

‘Bakal Jenazah’: JPJ Beri...

EKORAN plat 'bakal jenazah' pada motosikal yang mencetuskan sensasi baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan...

8,900 Polis, PVR Perak Siap Siaga Hadapi PRU14

IPOH – Seramai 8,900 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Perak akan ditugaskan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 500 daripadanya adalah anggota pasukan sukarelawan polis (PVR) yang akan membantu polis Perak memastikan ketenteraman dan keselamatan sepanjang proses pilihan raya berjalan lancar.

Katanya setakat ini pihaknya sudah bersiap sedia pada tahap 95 peratus, termasuk menjalani latihan dalam lima fasa persediaan bagi menghadapi PRU14 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

“Kita baharu selesai fasa pertama latihan pilihan raya dan akan menjalani latihan bagi fasa kedua tidak lama lagi. Latihan itu akan diadakan berulang kali hinggalah tarikh pilihan raya ditetapkan oleh kerajaan.

“Tujuan kita mengadakan latihan ini adalah bagi mengenal pasti dan menambah baik persiapan pilihan raya dalam aspek pengurusan, logistik dan sistem telekomunikasi supaya berada dalam keadaan terbaik dan mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sementara itu, Hasnan berkata sebanyak 46 tangkapan telah dibuat ke atas pegawai dan anggota yang melakukan pelbagai kesalahan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.


Beliau berkata ia mencatatkan penurunan berbanding 61 tangkapan atau 24.6 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.

Antara kategori kesalahan yang direkodkan membabitkan pegawai dan anggota polis adalah kes jenayah, rasuah, syariah, memiliki dan positif dadah.

“Kita amat memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota serta tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan,” katanya. – BERNAMA

Kategori