• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruteknik Didenda RM3K Miliki 5 Ikat Daun Ketum

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Seorang juruteknik didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki lima ikat daun ketum yang disimpan di dalam peti sejuk, September lepas.

Majistret Nor Afidah Idris menjatuhkan hukuman itu ke atas Jusli Baharzuhar Abdul Kader, 39, selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki lima ikat ‘mitragynine’ seberat 49.71 gram di sebuah pondok dalam kawasan semak di Jalan Penggawa, Bandar Mahkota Cheras, Batu 9, Cheras, di sini pada 12.15 tengah hari , 6 Sept lepas.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Lelaki itu yang masih bujang didakwa mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30 (5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau tiga tahun penjara.

Mengikut fakta kes, berdasarkan maklumat awam mengenai penagihan dadah, anggota Agensi Antidadah Kebangsaan cawangan Kajang telah menjalankan operasi di sebuah pondok di dalam kawasan semak dan telah menemui tertuduh.

Hasil pemeriksaan di dalam pondok itu menemukan lima ikat daun disyaki daun ketum yang disimpan di dalam sebuah peti sejuk.

Pemeriksaan lanjut di dalam peti sejuk itu juga membawa kepada penemuan sebuah periuk yang di dalamnya mengandungi daun ketum yang telah dimasak di luar pondok itu.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menyara ibunya yang sudah tua di kampung dan adiknya yang masih bersekolah.

Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Tags: Daun Ketumdidendajuruteknik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd