Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

KUIS, Bank Rakyat Meterai...

BANGI — Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia...

Malindo Mulakan Operasi Laluan...

KUALA LUMPUR - Malindo Air akan memulakan perkhidmatan di laluan baharu, Melaka-Kota Baharu,...

Nabi Muhammad Bukan Melarikan...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk...

Norman Hakim Bagi ‘Hint’,...

PELAKON Norman Hakim baru-baru ini telah memuat naik sekeping gambar bersama ibu bapa...

Warga Emas Terharu, Gembira Rumah Dibaik Pulih TNB

BERUAS – Seorang warga emas dari Jalan Tan Tooi, Pantai Remis sangat terharu dan gembira apabila menerima rumah yang siap dibaik pulih menerusi Projek Mesra Rakyat (PMR) daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ling Hwa Kiong, 61, berkata pemberian tersebut telah memberi semangat baharu kepadanya dalam membesarkan tiga lagi anaknya yang masih bersekolah.

“Selama ini kami terpaksa tinggal di rumah yang uzur dan reput. Setiap kali hujan air akan memasuki rumah dan kami hidup dalam keadaan bimbang dan risau sejak lebih 10 tahun lalu.

“Kali ini kami dapat hidup dengan lebih selesa dan kami sangat gembira. Terima kasih banyak TNB,” katanya yang ditemui ketika Majlis Penyerahan Rumah PMR TNB peringkat Perak sempena Program Permukiman Menteri Besar Perak di daerah Manjung di sini, hari ini.

Pada majlis itu, TNB turut menyumbang dalam Program Pendawaian Semula Bekalan Elektrik Rumah Asnaf yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Turut hadir Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) Perak, Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Raja Abd Jalil Raja Zaid.

Rumah Ling dibina semula dengan kos RM30,000 termasuk membaik pulih bahagian dinding serta lantai dan pendawaian semula.

Warga emas yang sudah tidak lagi bekerja itu menghuni rumah tersebut bersama isteri, Kho Pooh Ngioh, 52, dan tiga lagi anak perempuannya yang berumur antara tujuh dan 17 tahun manakala dua lagi anaknya masing-masing berumur 22 dan 25 tahun telah berkahwin dan bekerja di Johor.


Sementara itu, Raja Abd Jalil berkata melalui projek PMR yang iaitu antara program tanggungjawab korporat (CSR) TNB, tiga rumah berjaya dibaik pulih di Perak tahun ini.

“Tahun ini sahaja, TNB telah membaik pulih sebanyak 25 rumah di seluruh negara dan menjadikan jumlah keseluruhan 96 rumah dibaik pulih sejak PMR diperkenalkan pada 2012,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 14 rumah di sekitar daerah Manjung dipilih untuk Program Pendawaian Semula Bekalan Elektrik Rumah Asnaf.

Katanya, sejak 2016 TNB berjaya melaksanakan pendawaian semula sebanyak 204 rumah di Perak. – BERNAMA

Kategori