• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Wanita Mengaku Tak Bersalah Bunuh Jong-nam

oleh Ahmad Albab
03/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua wanita warga asing mengaku tidak bersalah membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim-chol atau Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Februari lalu.

Warga Indonesia, Siti Aisyah, 25 dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin.

Pengarah Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad, berkata pihak pendakwaan akan membuktikan pembabitan wanita terbabit dalam kes pembunuhan berkenaan.

Beliau berkata, bukti jelas menunjukkan perbuatan Siti Aisyah dan Doan Thi Huong menyapu cecair beracun VX ke muka mangsa hingga menyebabkan kematiannya.

“Melalui keterangan langsung, pendakwaan akan membuktikan Siti Aisyah dan Doan Thi Huong dengan latihan ‘prank’ yang diselia oleh empat orang yang masih bebas, berniat untuk membunuh Jong-nam,” katanya.

Pada 28 Julai lalu, Azmi menetapkan perbicaraan akan berlangsung selama 23 hari bermula hari ini.

Dalam prosiding itu, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Pada 1 Mac lalu, kedua-dua tertuduh bersama empat individu lain yang masih bebas didakwa membunuh Jong-nam di klia2, Sepang, pada jam 9 pagi 13 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – BH ONLINE

Tags: Kes Bunuh Jong-NamWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd