• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Ditikam Sepupu Dengan Gunting

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang suri rumah maut akibat ditikam di muka serta bahu dengan gunting oleh sepupunya di Taman Temerloh Makmur, Temerloh malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.20 malam itu, mangsa Robiatul Ain Mahamod, 27, pada mulanya dikatakan bertengkar dengan sepupunya yang berusia 26 tahun kerana dikatakan menghisap dadah dan mencuri di dalam rumah berkenaan.

Ketua Polis Temerloh, ACP Zundin Mahmood berkata berang dengan tuduhan itu, suspek yang berkerja sebagai pencuci kereta di kedai milik adik mangsa telah bertindak mengambil gunting dan menikam mangsa beberapa kali.

“Jiran yang mendengar bunyi bising dan jeritan mangsa kemudian telah menghubungi bapa mangsa yang juga anggota di Balai Polis Temerloh. Mangsa ditemui dalam keadaan berdarah dengan kesan tikaman.

“Mangsa kemudian segera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia pada 10.37 malam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pihak polis turut menemui gunting yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

Zundin berkata suspek telah ditahan ketika bersembunyi di belakang sebuah rumah kosong kira-kira 70 meter dari tempat kejadian tidak sampai sejam selepas itu.

Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: tikamWanita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd