• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Umum Bayaran Dividen Tertinggi RM3.5 Bilion

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Para pemegang saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) bakal menikmati ‘durian runtuh’ selepas syarikat utiliti itu mengumumkan pembayaran dividen mencecah rekod tertinggi sebanyak RM3.5 bilion untuk 2017.

“Bagi tahun kewangan 2017, jumlah pembayaran dividen yang disyorkan adalah sebanyak 50 peratus daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI), iaitu hampir dua kali ganda daripada kadar bayaran dividen 2016, menjadikannya sebagai kadar bayaran dividen paling tinggi setakat ini,” kata Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie.

Beliau berkata, TNB akan terus memaksimumkan nilai pemegang saham melalui pembayaran dividen yang konsisten dan berterusan.

“Dividen RM3.5 bilion ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada para pemegang saham TNB seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan dan Lembaga Tabung Haji, lebih penting, ia juga akan menguntungkan rakyat yang merupakan pemegang akaun dalam institusi-institusi berkenaan,” katanya ketika mengumumkan keputusan kewangan TNB dalam satu kenyataan hari ini.

Keuntungan sebelum cukai TNB melonjak kepada RM8.28 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2017 berbanding RM8.07 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas.

Pendapatan menokok kepada RM47.42 bilion daripada RM44.53 bilion sebelum ini.

Harga sahamnya naik sebanyak 34 sen untuk ditutup pada RM14.34 hari ini. – BERNAMA

Tags: TNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd