• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM500j Naik Taraf Jalan Yayasan Sabah-Tanjung Lipat

oleh Ahmad Albab
16/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memperuntukkan hampir RM500 juta bagi menaik taraf dan membesarkan jalan raya dari Yayasan Sabah ke Tanjung Lipat, di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata jalan raya sepanjang tujuh kilometer itu akan dinaik taraf menjadi tiga lorong dua hala selain melibatkan pembinaan dua jejambat.

Beliau berkata peruntukan berkenaan diluluskan selepas mendengar taklimat daripada kerajaan negeri Sabah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengenai keperluan untuk menaik taraf serta membesarkan jalan raya berkenaan, dan ia akan dimasukkan dalam Bajet 2018.

“Ia (naik taraf dan membesarkan jalan) juga akan menghubungkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), yang mana, SICC bakal menjadi pusat konvensyen yang terbesar (apabila ia siap kelak). Jika jalan raya tidak dinaik taraf dan dibesarkan ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata usaha menaik taraf dan membesarkan jalan itu merupakan kesinambungan daripada langkah menaik taraf dan membesarkan jalan Indah Permai-Yayasan Sabah dengan peruntukan lebih RM400 juta yang diumumkannya pada tahun lepas.

Katanya naik taraf jalan Indah Permai-Yayasan Sabah sepanjang lapan kilometer itu turut melibatkan pembinaan tiga jejambat dengan kerja pembinaannya akan dimulakan pada bila-bila masa.

Usaha menaik taraf dan membesarkan jalan berkenaan diharap akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dihadapi warga kota setiap kali masuk ke pusat bandar, katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, kerajaan Persekutuan turut meluluskan peruntukan sejumlah RM13.5 juta bagi membina sebuah jambatan sepanjang 52.7 kilometer di Jalan Mawilla Dua, berhampiran Kampung Gantisan di Sepanggar.

Beliau berkata pembinaan jambatan itu bagi memberi keselesaan selain memudahkan perhubungan dan pergerakan keluar masuk penduduk sekitar dalam menjalankan aktiviti harian memandangkan jambatan sedia ada tidak begitu stabil.

Jambatan itu turut menghubungkan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Sabah, katanya. – BERNAMA

Tags: Abdul Rahman Dahlannaik taraf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 12,000 Tandas Awam Dinaik Taraf, Madani Betul-Betul Bekerja – Nga Kor Ming

Hampir 12,000 Tandas Awam Dinaik Taraf, Madani Betul-Betul Bekerja – Nga Kor Ming

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani terus menunjukkan komitmen dalam meningkatkan kemudahan awam apabila hampir 12,000 tandas awam di seluruh negara...

Kerja Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Di Sabah 70 Peratus Siap – Dr Dzulkefly

Kerja Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Di Sabah 70 Peratus Siap – Dr Dzulkefly

15/11/2025
0

Putrajaya: Kerja-kerja pembaikan serta naik taraf fasiliti kesihatan di Sabah kini berada pada tahap 70 peratus siap, kata Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd