• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM30 Juta Naik Taraf Pusat Tahfiz, Bukan Bayar Gaji

oleh Ahmad Albab
09/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan peruntukan RM30 juta untuk pusat tahfiz di seluruh negara perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menaik taraf infrastruktur dan bukannya bagi membayar gaji kakitangan.

Ini kerana, kata Timbalan Perdana Menteri, 80 peratus daripada dana RM30 juta disediakan di bawah Bajet 2017 untuk penyelarasan pendidikan tahfiz digunakan untuk membayar gaji kakitangan pusat berkenaan.

“Apa yang digunakan lebih 80 peratus digunakan untuk membayar gaji sedangkan matlamatnya adalah untuk menaik taraf,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Psikologi Modal Insan 2017, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di di sini hari ini.

Pada 15 Sept lepas, Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf maahad tahfiz swasta susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur, yang meragut 23 nyawa termasuk 21 pelajar, 14 September lepas.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah Tahfiz, Ahmad Zahid berkata beliau akan memastikan peruntukan tersebut digunakan sepenuhnya untuk tujuan menaik taraf infrastuktur dan kemudahan maahad tahfiz.

“Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini telah menyerahkan peruntukan tersebut kepada saya untuk menaik taraf maahad tahfiz,” katanya.

Ahmad Zahid berkata sejak Suruhanjaya Siasatan Diraja yang menyiasat kebakaran Pondok Pak Ya pada 1989, telah berlaku lebih 100 kejadian kebakaran sekolah tahfiz melibatkan 57 kematian, namun masih ada pihak yang berkompromi mengenai isu keselamatan.

Pada pembentangan Bajet 2017 tahun lepas, Najib mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi membolehkan persekitaran pembelajaran di sekolah tahfiz adalah lebih selamat dan kondusif. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidipusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd