Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Tuntutan Saman Penganalisis Politik...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat menolak tuntutan saman fitnah...

Pengarah ABN Xcess Didakwa...

SHAH ALAM - Seorang pengarah syarikat televisyen berkabel didakwa hari ini atas sembilan...

Shila ‘Hadiahkan’ Single Mandarin...

SIAPA yang tidak kenal dengan penyanyi popular Shila Amzah yang telah berjaya menempa...

Harga Minyak Dunia Naik...

RIYADH – Kenaikan kecil harga minyak di pasaran antarabangsa ekoran kemangkatan secara mengejut...

“RM100? Suami Aku Makan Ikan Duyung Ke?”

RASANYA sudah sering kali kes melibatkan harga makanan yang dijual di restoran didakwa mahal oleh pelanggan.

Kes seumpama ini terjadi mungkin disebabkan pelanggan yang tidak bertanya terlebih dahulu harga makanan.

Tidak kurang juga sikap ambil mudah pemilik restoran yang tidak meletakkan harga.

Bercakap mengenainya, seorang wanita di laman sosial mendakwa suaminya telah ‘disembelih’ dengan caj harga melampau ketika berkunjung di sebuah warung tepi jalan di Pahang, baru-baru ini.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Feyqa Maria, terkejut apabila melihat kembali resit bayaran nasi berlauk yang dikenakan kepada suaminya.

“Weh memang gini ke (harga makanan) kedai ni? Ke laki aku makan ikan duyung?” tulisnya pada Isnin.

Berdasarkan gambar resit bertarikh 23 Oktober itu, suaminya dikenakan caj RM100 dengan beberapa senarai makanan dan minuman.

Namun menjadi persoalan mengapa resit yang ditulis tidak sama seperti yang ditunjukkan pada gambar hidangan yang mengandungi sayur kacang panjang dan sotong.


Menurut Feyqa, suaminya ketika itu bertugas di luar kawasan dan baru pertama kali berada ke Pahang.

Suaminya singgah makan tengahari di warung biasa di tepi jalan sahaja dan kebiasaannya menu makanan seperti itu dicaj dengan harga yang berpatutan, bukannya terus mencanak ke harga RM50.

Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen yang tampil menjelaskan harga udang galah sememangnya mahal di beberapa tempat.

Justeru, dapat dijadikan pengajaran buat semua apabila hendak makan di restoran atau kedai yang belum pernah dikunjungi terutamanya, bertanyalah terlebih dahulu atau lihat pada senarai harga yang tertera.

Cara itu mungkin dapat mengelakkan agar kita tidak terkejut ‘beruk’ dengan harga yang dikenakan. -MYNEWSHUB.CC

Kategori