• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Setiausaha Politik Menteri Disambung

oleh Ahmad Albab
03/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tempoh reman enam hari Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Peter Runin, bagi membantu siasatan berhubung isu penyelewengan dana bernilai RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dilanjutkan lima hari lagi bermula hari ini.

Perintah lanjutan reman dikeluarkan Majistret Siti Nabila Abd Rashid di Mahkamah Majistret di sini selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPMR) bagi membolehkan siasatan lanjut dapat dilakukan.

Lelaki berumur 61 tahun itu sebelum ini direman enam hari sehingga hari ini selepas ditahan di ibu pejabat SPRM pada 12.30 tengah hari Rabu lepas.

Menurut laporan media, setiausaha politik itu merupakan individu kelima yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pada 13 Sept lalu, SPRM telah menahan empat individu kerana disyaki menyeleweng dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuahreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd