• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 Ibu Tunggal, Rampas Dadah

oleh Ahmad Albab
04/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis merampas 1,006.22 gram dadah jenis syabu dengan nilai pasaran kira-kira RM70,000 selepas menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pondo, Pulau Gaya Isnin lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dadah berkenaan dijumpai disorok di dalam dua batang pokok nibung yang bahagian hujungnya ditebuk sebelum dipacakkan dari dasar laut hingga ke lantai rumah berkenaan, yang kelihatan seolah-olah tiang rumah.

Katanya bahagian hujung pokok nibung yang mencecah lantai di dalam rumah di perkampungan atas air itu ditutup dengan kepingan papan sebelum dilapis dengan papan lapis dan tikar.

“Di dalam setiap batang nibung itu dijumpai dua beg plastik yang mengandungi 33 paket yang mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bandaraya Kota Kinabalu turut menahan dua suspek wanita, kedua-duanya ibu tunggal bermumur 26 dan 36 tahun di rumah berkenaan selain menyita pelbagai jenis barang berharga termasuk gelang dan rantai emas bernilai kira-kira RM24,000.

Menurut Chandra, wanita berumur 36 tahun bertaraf penduduk tetap mengusahakan kedai runcit di rumahnya yang juga disyaki sebagai penjaga stor kepada dadah itu manakala suspek kedua tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Katanya dadah berkenaan dipercayai untuk diedar di kawasan Pulau Gaya dan Kota Kinabalu.

Kedua-dua suspek yang kini sedang ditahan reman hingga 9 Okt disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Sementara itu, Chandra berkata tahun ini sahaja, polis Bandaraya Kota Kinabalu sudah menahan 19 suspek, 16 daripadanya lelaki dan tiga wanita, di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 melibatkan rampasan dadah sebanyak 2.6 kilogram dengan nilai pasaran dianggarkan RM185,000. – BERNAMA

Tags: ibu tunggalkes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd