• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

oleh Mohd Arshad
02/09/2025
dalam Jenayah
0
3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu, dengan syabu seberat 41.63 kilogram (kg) dianggar bernilai RM1.32 juta dirampas

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata bertindak atas maklumat pasukan operasi melakukan pemantauan di kawasan sebuah stesen minyak di Kampung Kilimu di Jalan Ranau-Poring pada jam 8.15 pagi.

Katanya, seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan bersama bagasi hitam berisi 20 bungkusan plastik bertulis ‘Alishan Xin Juan Tea’ yang mengandungi 21.3kg syabu dengan nilai dianggarkan RM681,000.

Susulan kejayaan itu, beliau berkata polis meneruskan operasi di Telupid sebelum sebuah kereta jenis Perodua Bezza ditahan di perkarangan Masjid Jamek Yusof Al-Qardhawi pada jam 9.20 pagi.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 20 bungkusan plastik syabu dengan berat kasar 20.33kg bernilai sekitar RM650,560.

“Dua suspek berusia 24 dan 26 tahun yang berasal dari Lahad Datu dan Tawau ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika sidang media hari ini.

Jauteh berkata, siasatan awal mendapati tiga suspek itu bertindak sebagai ‘runner’ kepada pembekal dadah untuk menghantar bekalan dari Kota Kinabalu ke Tawau dan Semporna dengan bayaran RM1,000 bagi setiap kilogram syabu dihantar.

Beliau berkata, semua suspek mengaku terbabit pengedaran dadah sejak Februari lalu dan ini kali ketiga mereka menjalankan penghantaran.

“Semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod kes lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seorang lagi tidak mempunyai rekod jenayah.

“Turut disita dalam operasi itu dua kereta jenis Toyota Vios dan Honda City serta sebuah motosikal Yamaha Ego dengan nilai keseluruhan RM62,000,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

BHonline-

Tags: kes dadahserbuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Wang tunai berjumlah RM7.5 juta ditemui dalam sebuah rumah yang diserbu pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd