• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Lancar Kempen Keselamatan 5 Tahun

oleh Ahmad Albab
31/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Syarikat Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya lima tahun untuk menyemai tingkah laku yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata statistik menunjukkan kemalangan jalan raya di negara ini mencecah setengah juta tahun lepas, dengan 7,000 kematian atau kadar kematian enam peratus lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Kaji selidik yang dijalankan menunjukkan 80.6 peratus daripada kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian manusia,” katanya ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua dan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Perodua, di sini hari ini.

Kempn itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Aziz Kaprawi.

Aminar berkata fokus awal program lima tahun itu bersandarkan kepada empat tunggak amalan pemanduan yang baik, iaitu memakai tali pinggang keledar, tidak menggunakan peranti mudah alih semasa memandu, penggunaan isyarat lampu serta penggunaan kerusi kanak-kanak.

Beliau berkata kempen keselamatan itu termasuk menyediakan bahan promosi di kedai jualan dan servis Perodua di seluruh negara, dengan mesej keselamatan yang disasarkan ke atas sejuta pelanggan dalam tempoh setahun program berkenaan.

Pada majlis itu, Perodua juga melancarkan kerusi bayi dan kanak-kanak yang dihasilkan di negara itu, menerusi rangkaian aksesori baharu keretanya, GearUp.

Mulai sekarang hingga Tahun Baru Cina 2018, Aminar berkata kerusi itu ditawarkan pada harga pengenalan sebanyak RM660 bagi bayi dan RM780 bagi kerusi kanak-kanak.

Selepas tempoh promosi, kerusi bayi akan dijual pada harga RM790 dan kerusi kanak-kanak pada RM980.

“Kami percaya produk itu kompetitif jika dibandingkan dengan jenama lain, dan diperkenalkan dengan pengesahan kami,” katanya. – BERNAMA

Tags: kempenPerodua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

30/07/2026
0

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd