• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Seimbangkan Kemajuan Duniawi, Ukhrawi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat perlu menyeimbangkan kemajuan duniawi dan ukhrawi bagi mencapai matlamat Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.

Beliau berkata perisai ukhrawi perlu dibina sebagai benteng pertahanan dalam memerangi pelbagai penyakit sosial yang akhirnya akan meruntuhkan akhlak masyarakat.

“Kita kena kembali kepada agama… apa pun pegangan agama rakyat Malaysia, kita harus perkukuhkan akhlak dan minda selaras dengan kemajuan terkini, ia perlu diutamakan.

“Terdapat negeri, daerah dan kawasan yang kita telah melabur banyak dari segi kemajuan dan pemberian pelbagai kemudahan tetapi akibat hanya beri kemajuan dari segi lahiriah semata-mata, kita (rakyat) hilang tempat berpijak, ini yang kita (kerajaan) mahu transformasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Ekspresi Negaraku dan Hari Sukan Negara peringkat negeri di Dataran Merdeka, Dungun, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan timbalannya Datuk Jailani Johari, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Ahmad Zahid berkata Program Ekspresi Negaraku sebagai contoh mampu menterjemahkan keseimbangan dari segi kemajuan duniawi dan ukhrawi dengan penglibatan kerajaan, pihak swasta dan rakyat.

Program berkenaan, katanya dapat mengetengahkan ikon-ikon yang telah berjaya mentransformasikan diri mereka yang sebelum ini terlibat dalam gejala negatif kini kembali menyumbang kepada masyarakat dalam aspek positif.

Dalam nada bergurau beliau memberi contoh pelawak Nabil dan berkata: “Contohnya Nabil, kalau dulu dia dikenali sebagai Mat Rempit, tetapi kini beliau sudah bergelar Haji Nabil, dan sikapnya kini semakin disenangi masyarakat,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata masyarakat yang seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi dapat menjamin kelangsungan kemajuan dalam tempoh yang lama.

“Kerajaan juga tidak akan pernah berhenti untuk melakukan transformasi selepas 2020 tetapi hingga 30 tahun akan datang (Transformasi Nasional 2050) kerana kita mahu Malaysia diiktiraf sebagai antara 20 negara maju dalam peta dunia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiDunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

30/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti itu supaya tidak...

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

28/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd