• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Siap Sedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir

oleh Ahmad Albab
03/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan negeri bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Perpaduan Negeri, Rela Ahmad.

Beliau berkata keadaan cuaca sekarang yang redup diikuti hujan sekali sekala dibimbangi kemungkinan berlaku banjir.

“Berikutan itu saya akan meminta jasa baik Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man untuk memanggil mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai persiapan yang perlu dilakukan,” katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan bahawa negeri-negeri di utara Semenanjung dijangka menghadapi banjir gelombang kedua.

Banjir di Perlis yang baharu lepas melibatkan 2,846 mangsa daripada 772 keluarga yang dipindahkan di 25 buah pusat pemindahan.

Rela berkata dalam mesyuarat jawatankuasa banjir akan datang, beliau akan menyarankan agar semua jabatan dan agensi kerajaan turut memainkan peranan.

“Jika sesebuah jabatan atau agensi menyediakan petugas antara lima hingga 10 orang, ia akan meringankan tugas memberi pertolongan kepada mangsa,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd