Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

JKM Buka Peluang 6,318...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuka peluang kepada 6,318 sukarelawan program...

BNM: Ekonomi M’sia Menguncup...

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 4.5 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding dengan pertumbuhan 16.1 peratus yang dicatatkan pada suku kedua 2021, kata Bank Negara Malaysia.

Lelaki Maut, Kanak-Kanak Parah...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut manakala seorang kanak-kanak perempuan cedera parah selepas...

Sarawak Dijangka Tidak Alami...

MIRI - Sarawak diramal tidak alami banjir teruk seperti tiga tahun lepas, kata...

Peniaga Didenda RM8,000 Jual DVD Cetak Rompak

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM8,000 atau penjara 12 bulan terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah menjual 226 keping cakera video digital (DVD) cetak rompak, tiga hari lepas.

Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhada Liaw Chin Choy, 45, kerana menjual dan mempamerkan DVD pelbagai tajuk berkenaan tanpa sijil perakuan B di kaki lima, hadapan sebuah kedai, di Seri Kembangan, di sini, pada jam 9.30 malam, Selasa lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 18(4)(a) Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 18(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, Liaw, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh. – BERNAMA

Kategori