• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tak Tergugat Biar Ada Pemimpin Pilih Haluan Lain

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – PAS akan terus beristiqamah menegakkan syiar Islam di negara ini meskipun ada sebilangan pimpinannya meninggalkan parti itu dan memilih haluan berbeza bersama parti pembangkang yang lain, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sambil menyindir bekas pemimpin berkenaan berkata PAS sesekali tidak akan tunduk dengan tekanan atau tanggungjawab yang ditinggalkan pemimpin tersebut kerana yakin sokongan yang diberikan rakyat cukup untuk membantu PAS dalam perjuangannya.

“Meskipun ada yang melompat, menyeleweng, melarikan diri (masuk parti lain) PAS tidak berganjak kerana rakyat bersama PAS, biarlah mereka yang meninggalkan PAS, terjun dengan labu-labunya.

PAS makin lama makin berkembang, makin hari makin ramai pengikutnya seperti yang kita saksikan hari ini. Kalah menang pilihan raya tidak menjadi ukuran, apa yang penting PAS terus segar dalam perjuangannya,” katanya semasa berucap menutup FASTAQIM 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini yang dihadiri lebih 200,000 penyokong parti itu, malam tadi.

Turut hadir, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Ketua Penerangan PASNasrudin Hasan, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan saf pimpinan PAS yang lain.

Abdul Hadi pada majlis tersebut turut melancarkan Sukarelawan Amal yang terdiri daripada kalangan belia bukan Islam.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi juga berkata PAS bukan sebuah parti yang mencipta kejayaan dalam politik bersandarkan kepada pilihan raya semata-mata kerana perjuangan PAS adalah berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan parti.

“PAS tidak akan berganjak dan akan terus istiqamah dalam perjuangan mempertahankan Islam walau dihujani cabaran-cabaran yang banyak. Ada desakan yang meminta PAS tidak lagi menggunakan perkataan Islam pada nama parti.

Namun kita tidak menurut cadangan itu dan Majlis Fatwa Kebangsaan serta Majlis Raja-Raja juga membenarkan PAS mengekalkan nama Islam di parti. Tetapi dengan syarat jangan disalahgunakan,” katanya.

PAS juga tidak sesekali mendapatkan kemenangan dalam pilihan raya dengan cara kekerasan kerana percaya kemenangan dalam pilihan raya mestilah melalui proses demokrasi, katanya..

“Kita percaya sebuah kemenangan mesti dicapai dengan damai, ikut saluran demokratik walaupun kita berdepan dengan masyarakat majmuk dan mempunyai pelbagai pandangan, kerana jika tidak memilih demokrasi, akan menjadi pertembungan rakyat sesama sendiri dan boleh merosakkan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Abdul Hadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keldai Cuba Makan Kereta Mewah, Sangka Lobak Merah

Next Post

TLDM Sahkan 2 Anggotanya Sihat Sebelum Meninggal

Related Posts

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

Next Post

TLDM Sahkan 2 Anggotanya Sihat Sebelum Meninggal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd