Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Kes Denggi Di Pulau...

GEORGE TOWN - Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan sebanyak 11...

Menara 79 Tingkat Di...

SEBUAH bangunan pencakar langit di Dubai terbakar pada awal pagi Jumaat. Kejadian berlaku di...

Forex: Penubuhan RCI Tanpa...

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan tidak seharusnya mempolitikkan keputusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Tun M Ucap Tahniah...

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada...

TLDM Sahkan 2 Anggotanya Sihat Sebelum Meninggal

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan dua anggotanya yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan di sini, berada dalam keadaan sihat sebelum dimasukkan ke pusat tahanan itu.

Panglima Tentera Laut Tan Sri Kamarulzaman Badaruddin berkata TLDM sememangnya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang setiap anggota yang dimasukkan ke pusat tahanan perlu menjalani ujian kesihatan terlebih dahulu.

“Kami mengesahkan bahawa dua anggota terbabit sihat sebelum dimasukkan ke pusat tahanan, namun kami tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana ia masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 51 Veteran Pasukan Khas Laut (Paskal) sempena sambutan Ulang Tahun Paskal ke-35 di Markas Paskal TLDM di sini hari ini.

Beliau berkata Lembaga Siasatan TLDM yang bersidang semalam tidak akan campur tangan siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaliknya membincangkan serta meneliti semula SOP.

“Lembaga ini akan meneliti sama ada SOP masih relevan dan komprehensif diguna pakai selain menyiasat sama ada anggota yang bertugas ketika kejadian mematuhi SOP atau sebaliknya,” katanya.

Katanya, lembaga itu yang terdiri daripada lima anggota, diketuai kapten dan kesemua mereka mempunyai kepakaran dalam bidang keselamatan serta kesihatan pekerjaan.

Kamarulzaman berkata pihaknya memandang serius dan tidak akan berkompromi atau melindungi anggota yang melakukan jenayah selain memberi kerjasama sepenuhnya kepada PDRM bagi membantu proses siasatan.

“Keadilan perlu ditegakkan dan saya akan pastikan anggota yang bersalah dikenakan tindakan undang-undang kerana ia menjejaskan imej, kebajikan dan integriti perkhidmatan,” katanya sambil menambah pusat tahanan itu tidak akan ditutup.


Tambah Kamarulzaman, pihaknya turut melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa dan TDLM akan membantu anggota keluarga daripada aspek kebajikan.

LK 1 Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK 1 TLS Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di bilik tahanan berkenaan dipercayai didera berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Bedah siasat yang dilakukan ke atas Nik Muhammad Baihaqy mendapati kematiannya disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul manakala Muhammad Lailatuliman meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.

Susulan itu, tiga anggota TLDM direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori