• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

oleh Mohd Arshad
18/06/2025
dalam Terkini
0
Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada dalam keadaan stabil.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, memaklumkan perkembangan itu selepas menziarahi Ahli Parlimen Marang terbabit semalam.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan menziarah Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini sedang menerima rawatan di IJN.

“Saya dimaklumkan walaupun prosedur dijalani beliau kompleks, semuanya telah berjalan dengan lancar.

“Pasukan IJN dipimpin pakar jantung, Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon dan Datuk Dr Kumara Gurupparan,” katanya menerusi hantaran di X, semalam.

Turut bersamanya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib; Pengarah Penyelidikan Klinikal IJN, Prof Datuk Dr Suhaini Kadiman; Pakar Perunding Nefrologi, Datuk Dr Ghazali Ahmad; Pakar Perunding Bedah Vaskular dan Endovaskular, Dr Ismazizi Zaharuddin; Pakar Perunding Kanan Kardiologi, Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin dan Dr Tey Yee Sin.

Dr Dzulkefly merakamkan penghargaan kepada seluruh Pasukan Kardiologi serta Surgeri Kardiovaskular dan Torasik IJN atas khidmat profesional yang diberikan.

“Insya-Allah, beliau dijangka pulang dalam masa terdekat. Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu anak Abdul Hadi, Dr Muhammad Khalil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, berkata prosedur rawatan dijalani bapanya berjaya dilaksanakan.

Ketika dihubungi, Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk tidak memperincikan bentuk prosedur berkenaan.

Ditanya mengenai keadaan terkini bapanya, beliau hanya menjawab ringkas Abdul Hadi berada dalam keadaan baik dan memohon orang ramai terus mendoakan kesembuhan pemimpin PAS itu.

Namun, beliau menjelaskan Abdul Hadi tidak dibenar menerima pelawat pada masa terdekat atas nasihat doktor.

-Berita Harian

Tags: Abdul Hadi AwangIJN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha dilakukan UMNO sejak dulu bagi memperkukuh pendidikan berteraskan Islam di negara ini, tetapi...

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Iran sebagai satu-satunya negara yang benar-benar membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd