Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Rakyat Selangor Disaran Patuhi...

SABAK BERNAM - Semua rakyat Selangor diminta mematuhi titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin...

Farhash Wafa Persoal Penahanan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mempersoalkan penahanan...

Umum Undur Diri, Lan...

KRISIS dalaman yang berlaku dalam kumpulan rock Kristal nampaknya menemui keputusan yang agak...

TMJ Tegur Pengurus Bola...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan pengurus...

Keldai Cuba Makan Kereta Mewah, Sangka Lobak Merah

LAZIMNYA kes saman akan berlaku antara manusia dan jarang pula dikenakan terhadap haiwan, namun lelaki ini berjaya memenangi kes saman terhadap seekor keldai!

Lelaki Jerman itu memilik sebuah kereta mewah yang menarik perhatian seekor keldai sehingga kereta itu menjadi santapannya.

Pemilik kereta jenis McLaren Spider itu, Markus Zhan memfailkan saman kepada pemilik seekor keldai yang bernama Vitus apabila mendapati keldai tersebut telah ‘makan’ sebahagian kereta miliknya pada 15 September 2016.

Menurut laporan BBC, Zhan meletakkan kenderaan mewahnya itu di sebelah kandang kuda yang terletak di Vogelsberg, Hesse di Jerman.

Zhan menyatakan keldai tersebut telah ‘makan’ sebahagian belakang keretanya sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak £5800 (RM32,878).

Kerugian yang dialaminya itu termasuk kerosakan cat yang teruk sehingga menyebabkan karbon kereta itu pun terkena tempias gigitan keldai itu.

Pihak polis menyatakan kemungkinan keldai tersebut ‘makan’ kereta itu kerana ‘keliru’ dengan warna yang hampir sama dengan warna lobak merah.


Namun, Zhan turut dipersalahkan pemilik keldai kerana meletakkan keretanya di sebelah kandang kuda berkenaan. Dia juga seakan tidak boleh menerima kenyataan bahawa haiwan peliharaannya itu dipersalahkan.

Tetapi, Zhan telah memenangi kes tersebut. Walau bagaimanapun, dikhabarkan pemilik keldai berkenaan boleh membuat rayuan mengenai bayaran yang dikenakan kepadanya.

Dalam pada itu, pemilik keldai tersebut turut menyatakan yang ini bukanlah kali pertama keldai itu ‘makan’ kereta, kerana sebelum kes ini keldai tersebut terlebih dahulu ‘makan’ sebuah kereta berjenama Mercedes.

Kes yang dianggap pelik ini turut mendapat liputan meluas oleh media tempatan di sana. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori