• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panglima TNI Malu Jokowi Jalan 2KM Akibat Macet

oleh
06/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kesesakan trafik di ibu kota Indonesia mendapat perhatian dunia selepas presiden republik itu sendiri semalam terpaksa jalan kaki sejauh dua kilometer di tengah-tengah cuaca panas.

Presiden Joko Widodo atau mesra disebut Jokowi berbuat demikian ketika menghadiri perbarisan sempena upacara peringatan ulang tahun ke-72 Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Dermaga PT Indah Kiat, Cilegon, Banten.

Indonesia merupakan salah satu negara di Asia yang terkenal dengan kesesakan trafik yang terburuk. Jokowi dan pegawai pemerintah tersangkut dalam trafik di bandar pelabuhan terletak dua jam setengah dari ibu kota Jakarta.

Menurut kenyataan pegawai keselamatan istana presiden, Ili Dasili, selepas penat menunggu selama 30 minit, “Jokowi membuat keputusan dari dalam keretanya bahawa beliau akan berjalan kaki untuk mengelak kelewatan.”

Ketua Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavian, yang juga ‘tersangkut’ kesesakan trafik atau disebut macet dalam bahasa tempatan, kemudian mengikuti Jokowi berjalan kaki dengan kakitangan pasukan keselamatan presiden.

Baca: Konvoi Jokowi Tanpa Siren, Tutup Jalan Dan Hasilnya…

Juga: Memandu Kereta Di Jakarta Waktu Sibuk Cuma 5km/j

Rakaman video menunjukkan aksi presiden menuju ke tempat majlis berkenaan manakala orang ramai yang turut terkejut sambil menyahut nama beliau kemudian menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan.

Ekoran insiden yang amat memalukan itu, Panglima TNI, Jeneral Gatot Nurmantyo dilaporkan terpaksa memohon maaf kepada Jokowi kerana macet tersebut berlaku di luar kawalan pihak keselamatan dan memang tidak dijangka.

Menteri Pertahanan, Ryamizard Ryacudu yang kelihatan berjalan kaki dilaporkan kemudian terpaksa membonceng motosikal seorang penduduk setempat kerana bimbang lambat tiba untuk menyambut Jokowi di tempat acara itu.

Media tempatan melaporkan orang ramai sudah mula membanjiri kawasan itu untuk menyaksikan sendiri suasana majlis sambutan sejak jam 2 pagi lagi sedangkan acara hanya bermula pukul 6 pagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IndonesiaJokowiTNI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd