• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menyusuri Laluan Hang Tuah Di 4 Negeri

oleh Ahmad Albab
04/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai Laluan Penarikan di antara Sungai Bera dan Sungai Serting, Negeri Sembilan sedangkan ia adalah antara lokasi bersejarah zaman kegemilangan Hang Tuah satu masa dahulu.

Laluan berkenaan adalah antara laluan penting digunakan Hang Tuah ketika membawa lari Tun Teja dari Pahang ke Melaka.

Justeru, Program Ekspedisi Menyelusuri Laluan Penarikan Bersejarah Di Dalam Tamadun Awal Melayu anjuran Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) yang bermula Ahad lalu dijangka dapat menemui lebih banyak lokasi bersejarah di sepanjang laluan berkenaan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, ekspedisi yang mendapat sokongan penuh empat negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka itu bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai sejarah Laluan Penarikan dan laluan sungai menghubungkan pantai barat dan pantai timur Semenanjung.

“Ini adalah antara inisiatif IKSEP untuk memperkenalkan laluan yang sangat bersejarah kerana ramai yang tidak tahu kenapa ia dinamakan Laluan Penarikan. Melalui ekspedisi ini, kita harap lebih banyak tinggalan sejarah ditemui di sepanjang laluan yang bermula di sini (Pahang) dan berakhir di Sungai Ulu Duyung, Melaka, Jumaat ini.

“Selain menyusuri laluan sungai, peserta ekspedisi juga akan singgah di sepanjang laluan sejauh 450 kilometer itu untuk mengadakan aktiviti bersama masyarakat setempat.

“Selain itu, mereka juga akan mendapatkan maklumat daripada penduduk setempat yang mengetahui kisah Laluan Penarikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Ekspedisi Menyelusuri Laluan Penarikan Bersejarah Di Dalam Tamadun Awal Melayu, semalam.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman yang mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Ishak Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Idris berkata, nama Laluan Penarikan itu diperoleh selepas catatan sejarah mendapati Hang Tuah mengarahkan pengiringnya mengangkat bot digunakan untuk membawa Tun Teja ke daratan sebaik melepasi Sungai Bera sebelum mereka beramai-ramai menarik bot berkenaan untuk memasuki laluan Sungai Serting.

Katanya, jarak bot itu ditarik ialah 600 meter dan ia antara lokasi terpenting yang menyaksikan sejarah perhubungan antara Melaka dan Pahang. – myMetro Online

Tags: Hang Tuahsejarah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Serangan Las Vegas: Polis Siasat Nota, Kamera

Next Post

PM: Takziah Atas Kemangkatan Raja Puan Besar Perak

Related Posts

UMNO Salur Bantuan Guaman Kepada Dr Akmal

Perbicaraan 1MDB Cipta Sejarah Akan Bersidang Sabtu

05/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, prosiding perbicaraan kes penyelewengan dana milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib...

Bella Pernah Beri Bayangan Akan Dilanggar Mati

Rombak Subjek Sejarah Di Sekolah – Wan Hanafi Su

21/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Pelakon 'senior' disegani, Wan Hanafi Su, 74, menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) merombak mata pelajaran sejarah di sekolah berikutan...

Next Post

PM: Takziah Atas Kemangkatan Raja Puan Besar Perak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd