• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Longgar Syarat Tajaan Pelajar Luar Bandar, B40

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melonggarkan syarat penajaan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan pelajar luar bandar bagi menyambung pengajian di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) bermula tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu adalah susulan peningkatan peruntukan dalam Bajet 2018 untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA.

Ketika ini, katanya, 40 peratus pelajar KPTM mendapat tajaan penuh kerajaan memandangkan syarat yang ditetapkan adalah sekurang-kurangnya lima kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ketika ini yang tidak cukup lima kredit SPM memang terus ditolak (untuk penajaan) tetapi akan datang mungkin yang dapat empat kredit tetapi datang jauh dari pedalaman akan diberi penajaan.

“Pelajar di bandar yang datang daripada keluarga B40 juga akan diberi kelonggaran ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-34 KPTM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Seramai 5,585 graduan menerima diploma, ijazah dan sijil profesional masing-masing dalam majlis konvokesyen yang berlangsung selama dua hari itu bermula semalam.

Ismail Sabri berkata Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas memperuntukkan RM2.5 bilion untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA, iaitu peruntukan tertinggi pernah diberikan kepada agensi itu.

Susulan itu, katanya, peluang untuk mereka yang berminat menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) juga akan lebih luas.

“Tahun lepas kita agak kurang hantar pelajar sarjana dan PhD (ke luar negara) tetapi dengan kelulusan RM2.5 bilion ini, peluang untuk kita tambah pelajar lebih luas,” katanya.

Mengenai kebolehpasaran graduan KPTM, Ismail Sabri berkata beliau meletakkan sasaran 80 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian, berbanding 72 peratus ketika ini.

“Setiap tahun kebolehpasaran graduan meningkat satu hingga dua peratus, tetapi saya juga mahu menggalakkan mereka menjadi ‘job creator’ (usahawan),” katanya. – BERNAMA

Tags: MARApelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd