• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Permohonan Hadir Prosiding Rayuan

oleh AK-47
28/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara untuk hadir pada prosiding pendengaran permohonannya bagi kebenaran untuk merayu berhubung hak mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Mei 2015.

Panel tiga hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin semasa menolak permohonan Anwar itu, memutuskan tiada keterangan pada ketika ini yang menunjukkan kehadirannya diperlukan dalam permohonannya bagi kebenaran untuk merayu.

“Kami mendapati pemohon ialah seorang banduan dan tertakluk kepada Seksyen 30 (1) Akta Penjara 1995,” katanya dan menurutnya tiada keperluan untuk mahkamah melaksanakan budi bicaranya untuk membenarkan Anwar hadir pada pendengaran itu.

Seksyen 30 (1) menetapkan apabila kehadiran seorang banduan diperlukan di mahkamah mengikut kuasa sivil atau jenayah, mahkamah mungkin mengeluarkan perintah dalam bentuk tulisan dialamatkan kepada pegawai bertugas yang memerlukan kehadiran banduan di tempat dan masa yang ditetapkan dalam perintah.

Dua lagi hakim yang bersidang dalam panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Anwar, 69, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh bagi kesalahan meliwat, memohon untuk menghadiri pendengaran permohonannya bagi kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan yang ditetapkan pada 15 Disember.

Peguam mewakili Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah anak guamnya itu mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk hadir pada mana-mana prosiding litigasi yang dirinya adalah pihak.

Beliau berkata Anwar mengekalkan hak sivil litigasinya walaupun beliau berada dalam penjara dan patut diberikan akses untuk memberi arahan kepada peguam belanya semasa perkara itu didengar.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh berkata hak Anwar untuk hadir di mahkamah bergantung kepada budi bicara mahkamah untuk memutuskan sama ada kehadiran banduan diperlukan di mahkamah.

Beliau berkata dalam kes ini, permohonan Anwar bagi kebenaran untuk merayu akan didengar sepenuhnya berdasarkan dokumen yang tidak memerlukan kehadirannya.

Beliau berkata permohonan itu memerlukan perintah untuk hadir (OTP) dikeluarkan untuk membolehkan Anwar untuk menghadiri pendengaran permohonan bagi kebenaran untuk merayu dan keputusan pendaftar mahkamah menolaknya adalah betul.

Pada 13 Jun tahun ini, Anwar kalah dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya bagi pengisytiharan bahawa beliau berhak mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei 2015.

Pada 15 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai bidang kuasa untuk membawa Anwar ke pusat pengundian untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya.

Ia memutuskan seorang banduan yang telah berdaftar sebagai pemilih sebelum disabitkan mempunyai hak untuk mengundi tetapi SPR tidak mempunyai bidang kuasa untuk membawanya ke pusat pengundian untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya.

Mahkamah Tinggi memutuskan banduan terbabit perlu memohon kepada ketua pengarah Jabatan Penjara untuk mengambil langkah perlu bagi membenarkan seseorang banduan mengundi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd