• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Nafi Baddrol Bakhtiar Dan Amirul Hisyam Ke JDT

oleh Ahmad Albab
05/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menafikan berita yang mengatakan penyerang Baddrol Bakhtiar dan pemain tengah Amirul Hisyam Awang Kecik akan berhijrah ke Johor Darul Ta’azim (JDT) pada musim depan.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata perkara itu tidak benar dan ia tidak pernah dinyatakan oleh pemain berkenaan kepada pihak pengurusan KFA berhubung hasrat ingin meninggalkan pasukan Kedah.

“Ini mungkin khabar angin yang datang dari sumber yang tidak sahih kerana belum ada pemain yang menyatakan hasrat untuk meninggalkan kelab kepada pihak pengurusan KFA.

“Kita telah mengadakan perbincangan bersama semua pemain sebelum ini dan kita nampak mereka masih berminat untuk terus menyarung jersi Kedah dan begitu juga KFA berminat untuk terus mengekalkan semua pemain,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung khabar angin tentang perpindahan Baddrol dan Amirul Hisyam ke JDT yang mula tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang surat berhubung hasrat ingin menarik diri daripada ketua jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

“Kita masih menaruh kepercayaan kepada Mohd Nidzam untuk terus membimbing pemain Kedah dan ingin saya nyatakan di sini bahawa setakat ini di kem Kedah memang tiada berita berhubung dua perkara ini,” katanya.

Katanya, tumpuan utama pemain sekarang adalah untuk menghadapi baki perlawanan Piala Malaysia 2017 di mana semua pemain telah berjanji untuk mempertahankan dan mencatat kejayaan pada musim ini.

“Oleh itu sya minta semua pemain untuk terus memberi tumpuan dalam baki perlawanan yang ada dan mencatat kejayaan demi peminat-peminat bola sepak Kedah,” katanya.

Kedah bakal bertemu Felda United FC di Stadium Tun Abdul Razak pada 15 Okt ini bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017. – BERNAMA

Tags: JDTKFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

15/06/2026
0

KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak lagi terhad kepada bola sepak. Hampir setiap bidang sukan disertai menjulang prestasi. Menjadikan JDT...

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

13/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Johor Motorsports Racing (JMR) bakal mencipta detik bersejarah apabila membuat penampilan sulung dalam perlumbaan ketahanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd