Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

DUN Selangor Dibubar Berkuat...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pembubaran...

Polis Miri Reman Lelaki...

MIRI - Polis Miri menahan seorang lelaki berusia 53 tahun kerana didakwa mendera...

Argentina & Jerman Tewas,...

SEPANYOL berpesta enam gol ke atas Argentina pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa awal...

PAU 2022: Zahid Yakin...

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yakin Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan memberikan respons...

Kerjasama UMNO-PAS Hikmah Kepada Umat, Negara

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berharap saranan supaya kerjasama UMNO dan PAS diperluaskan selepas Pilihan Raya Umum Ke-114 (PRU14) boleh membawa hikmah yang banyak kepada negara.

Katanya, beliau juga berharap kerjasama antara UMNO dan PAS itu jika menjadi kenyataan bakal memberi kebaikan kepada seluruh umat Islam dan negara ini.

“Kita hanya mengharapkan apa pun keadaan agar zahirnya hikmah yang banyak yang memberi kebaikan,” katanya di laman Facebook beliau hari ini.

Beliau merujuk pendapat penganalisis politik kerjasama antara UMNO dan PAS tidak patut dihadkan kepada PRU14 sahaja sebaliknya keatas pembentukan kerajaan perpaduan.

Terdahulu, beliau mengingatkan bahawa tokoh-tokoh Islam akan membela hak bukan Islam yang dizalimi atau tidak adil di sesebuah negara Islam kerana itu merupakan ajaran Islam.


Bagaimanapun, katanya, jika muslim ditindas di negara bukan Islam, sukar untuk menemui tokoh-tokoh agama negara berkenaan membela umat Islam yang minoriti di negara itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori