• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Kota Belud Terus Meningkat

oleh Ahmad Albab
23/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud meningkat kepada 2,132 orang sehingga pukul 11 pagi ini berbanding 2,113 orang setakat 8 malam tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, mereka ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara iaitu Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said, Dewan SMK Taun Gusi 1, Dewan SMK Taun Gusi 2, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taun Gusi, Dewan Gopok Taginambur, Dewan Muhibah Tombol dan Dewan SK Pekan.

Sebanyak 26 kampung masih terjejas dengan banjir, manakala lapan jalan tidak boleh dilalui kenderaan.

Namun begitu, bacaan paras air di dua daripada tiga sungai utama di daerah telah menurun daripada paras bahaya iaitu Sungai Abai daripada 5.7m kepada paras amaran 4.96m dan Sungai Tempasuk daripada 5.46m kepada paras berjaga-jaga 4.14m, manakala Sungai Kadamaian kekal di paras normal.

Di Tuaran pula, jumlah penduduk daripada 14 kampung terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan menurun kepada 236 berbanding 288 orang sebelum ini.

Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu Masjid Kampung Bunga Tenghilan dan SMK Sri Nangka.

Keadaan cuaca semakin baik sejak semalam di daerah itu manakala satu jalan iaitu Jalan Tinambak tidak boleh dilalui kenderaan. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd