Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Nelayan Semporna Terus Terima...

SEMPORNA - Nelayan di daerah ini terus menerima manfaat daripada kerajaan apabila 923...

Berpuluh Ribu Rakyat Sertai...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan secara terang-terangan berbohong kepada rakyat apabila mendakwa berpuluh-puluh...

Siap Sedia Hadapi Serangan...

BAGAN DATUK – Berbaki 48 jam untuk berkempen, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid...

Rihanna Kembali Bercinta Dengan...

PENYANYI Rihanna dilaporkan kembali bercinta dengan rapper Drake, menurut sumber yang rapat dengan...

Johor, Selangor Dipilih Perintis Projek ENPHC

SEGAMAT – Johor dan Selangor menjadi perintis projek Pengukuhan Penjagaan Kesihatan Primer (EnPHC) yang menyimpan rekod perubatan rakyat membabitkan 20 klinik kesihatan bawah Kementerian Kesihatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata secara keseluruhan sebanyak RM26 juta diperuntukkan bagi tempoh lima tahun pertama projek itu yang menggunakan sistem rekod perubatan secara elektronik.

“Kewujudan pangkalan data ini menjadikan sistem kesihatan lebih proaktif terutama bagi menangani kebimbangan berhubung peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan rakyat Malaysia sekali gus mengurangkan risiko penyakit kronik.

“Kita memerlukan masyarakat Malaysia yang sihat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program EnPHC Peringkat Kebangsaan 2017 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Johor Dr Rooshaimi Merican A. Rahim Merican.

Subramaniam berkata justeru, usaha mengumpul maklumat kesihatan rakyat Malaysia harus dimulakan memandangkan rakyat yang tidak sihat akan menjejaskan produktiviti negara.

“Mengikut rekod prevalens penyakit diabetes dalam kalangan dewasa berumur 18 tahun ke atas berlaku peningkatan daripada 11.6 peratus kepada 17.5 peratus bagi tempoh 2006 hingga 2015. Prevalens penyakit hipertensi masih tinggi ikut standard antarabangsa walaupun trendnya menurun daripada 37.7 peratus pada 2006 kepada 30.3 peratus pada 2015,” katanya.


Beliau berkata sehubungan itu melalui EnPHC, setiap individu yang datang ke klinik kesihatan akan diberikan satu pasukan kesihatan keluarga bagi membolehkannya diperiksa pasukan sama setiap kali dia mendapatkan rawatan.

“EnPHC akan memfokuskan kepada usaha untuk masyarakat kekal sihat, penambahbaikan proses kerja di klinik kesihatan serta jaringan rujukan ke hospital bagi rawatan yang komprehensif dan berterusan.

“Penilaian dan respons yang pantas dalam mengendalikan pesakit akan mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu semasa pendaftaran. Pasukan itu akan menjalankan saringan menyeluruh bagi menentukan intervensi yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan 500,000 rakyat Malaysia menerima manfaat projek berkenaan bagi tempoh lima tahun sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara. – BERNAMA

Kategori