• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tapir: APM Cuba Cuci Tangan?

oleh AK-47
28/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INSIDEN seekor tapir yang sesat di Taman Desa Saujana, Batu 14 Hulu Langat, kira-kira 1.30 pagi semalam dan kemudiannya ditemui mati dalam keadaan dimutilasi telah menimbulkan banyak tanda persoalan.

Bagaimanakah seekor haiwan yang diancam kepupusan boleh diperlakukan secara zalim iaitu diikat pada bahagian leher dan keempat-empat kakinya dengan tali walaupun ia tidak menunjukkan perlakuan yang agresif sehingga mampu mengancam keselamatan orang ramai?

Lebih sadis lagi, bangkai haiwan tersebut ditemui pada jam 10.30 pagi tadi dengan kesan kelaran pada kulit, telinga, belalai dan kaki kanannya seperti dimutilasi oleh seseorang individu yang tidak berhati perut!

Namun, sudah menjadi kelaziman apabila sesuatu perkara buruk berlaku, pasti masing-masing akan menudingkan jari mereka ke arah satu sama lain.

Kejadian itu yang kini sedang tular di laman sosial mendapat reaksi negatif daripada netizen, yang menyalahkan pihak bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kerana tidak menangani isu tersebut dengan baik.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan lewat petang tadi, pihak APM telah menafikan anggotanya menggunakan kaedah salah ketika menyelamatkan tapir tersebut.

Sebaliknya kata mereka, haiwan itu sudah pun dijerut dan diikat dengan tali oleh orang ramai sebelum ketibaan anggota APM dan bomba.

Dalam kenyataan itu juga, APM memaklumkan satu siasatan sudah dijalankan dan pihaknya mendapati tindakan awal sudah diambil orang ramai untuk mengangkat haiwan itu yang terperangkap di dalam longkang.

Katanya, tapir itu berada dalam keadaan lemah dengan kecederaan di bahagian kepala dan badan selain bahagian leher sudah diikat dengan ketat menggunakan tali ketika APM tiba di tempat kejadian, menurut laporan Harian Metro.

Tetapi, bagaimana harus APM dan bomba menjawab persoalan yang bermain di sekitar gambar di bawah ini?

Dengan satu tangan kelihatan memegang seutas tali pengikat leher dan kaki diletakkan kemas di atas badan haiwan itu, gambar ini jelas menunjukkan kegigihan anggota APM dan bomba bersama-sama berganding bahu ‘menyelamatkan’ tapir tersebut.

Melihatkan cara mereka menjerut anggota badan tapir itu sekuat-kuatnya sehingga haiwan itu kelihatan amat terseksa, membuktikan kesungguhan mereka untuk membawa mamalia tersebut kembali ke habitat asalnya. Syabas, kalian!

Untuk pengetahuan umum, gambar ini diambil oleh salah seorang netizen yang hadir di tempat kejadian. Menerusi status Facebook, dia juga meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap cara haiwan itu diperlakukan, apatah lagi apabila pihak APM pula seakan-akan ‘cuci tangan’ terhadap isu ini.

Sepatutnya, sebagai badan yang diwujudkan khas bagi menyokong sistem pertahanan dan keselamatan sedia ada di negara ini, APM perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan proaktif dalam menangani isu-isu seperti ini kerana jawapan “Bukan masalah kami” itu boleh diterima sama sekali.

Dari sudut lain pula, inilah realitinya: masyarakat kita masih belum kenal apa itu budaya tinggi dan bagaimana untuk menghormati alam semulajadi. Binatang diperlakukan dengan kejam demi mengaut keuntungan peribadi, hutan dibakar dan bukit ditarah untuk membuat pembangunan.

Menjaga alam semulajadi dan memastikan ekosistem yang seimbang adalah tanggungjawab kita bersama. Jangan sampai masa alam ‘berbicara’ semula, baru tahu langit tinggi rendah! – MYNEWSHUB.CC

Tags: APMtapir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Dua Tapir Sesat Dalam Kawasan Perumahan Di Rembau

Dua Tapir Sesat Dalam Kawasan Perumahan Di Rembau

09/03/2025
0

REMBAU - Tular video dua ekor tapir didakwa dilihat berkeliaran di sebuah taman perumahan di Taman Mawar Ehsan Pedas di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd