Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Video: Comel ! Reaksi...

ALAHAI... Comelnya reaksi kanak-kanak di Jepun ini, bukan sahaja bijak tetapi baik hati.Melalui...

24 Kawasan Di Kuala...

KUALA TERENGGANU : Sebanyak 24 kawasan di daerah ini mengalami gangguan kualiti air...

Wanita Bersalin Sendirian Di...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim menitahkan kejadian seorang wanita...

Kakitangan Istana Negara Sambut...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 450 kakitangan Istana Negara memeriahkan acara sambutan Maal Hijrah...

Ini Sekolah Terbijak Ada 10 Pelajar IQ Lebih 140

KEBANYAKAN sekolah akan cukup gembira jika mempunyai walau seorang pelajar yang pintar tetapi bagi sekolah ini iaitu St. Bede’s Catholic College, ia disifatkan sebagai sekolah paling cerdik di Britain.

Ini kerana ia mempunyai 10 pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi hingga mereka secara rasmi dinobatkan sebagai genius.

Ia bermakna pelajar ini mempunyai IQ 140 ke atas. Malah dua pelajarnya iaitu Isabel Romero dan Molly Dolan mempunyai 1Q 161, melebihi Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Isabel Romero dan Molly Dolan.

Susulan itu, Mensa telah menawarkan kepada 10 pelajar ini untuk menjadi sebahagian daripada pertubuhan itu.

Dalam pada itu, Isabel, 14, yang memperolehi IQ 161 berkata, dia sangat gembira bila ditawarkan untuk menganggotai Mensa.


“Apabila saya menerima keputusan ujian IQ itu, saya sangat terkejut dan amat gembira,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori