• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Terkejut RM10.547 Bilion Dibelanja, Pan Borneo Sabah Fasa 1 Baru 11.4 Peratus Siap

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PAC Terkejut RM10.547 Bilion Dibelanja, Pan Borneo Sabah Fasa 1 Baru 11.4 Peratus Siap
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terkejut apabila RM10.547 bilion atau 94.6 peratus daripada RM11.153 bilion peruntukan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1 sudah dibelanjakan, sedangkan projek baru 11.4 peratus siap.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, jumlah itu dibelanjakan antara 2016 hingga 31 Mac 2026, walaupun kemajuan fizikal jauh ketinggalan.

“Lebih mengejutkan lagi, bagi tempoh dari tahun 2016 hingga 31 Mac 2026, sebanyak RM10.547 bilion iaitu 94.6% daripada peruntukan yang disalurkan berjumlah RM11.153 bilion telah dibelanjakan, walaupun kemajuan fizikal projek ini jauh ketinggalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2026 mendedahkan 57 Arahan Perubahan Kerja bernilai RM513.99 juta diluluskan melebihi had kuasa tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Lembaga Perolehan KKR.

Kos 15 pakej Fasa 1A turut melonjak RM987 juta atau 9.5 peratus daripada RM10.336 bilion kepada RM11.323 bilion, sekali gus berisiko gagal disiapkan jika dana tambahan tidak diluluskan.

Selain itu, bayaran interim RM163.64 juta dibuat kepada kontraktor dan perunding tanpa kontrak rasmi, mendedahkan kerajaan kepada risiko perundangan.

Pertikaian kadar harga akibat perubahan kerja pula menyebabkan kelewatan bertahun-tahun sehingga projek dikategorikan sebagai projek sakit.

Sebanyak RM41.37 juta pendahuluan kerja utiliti juga belum dituntut semula walaupun melepasi enam bulan selepas Perakuan Siap Kerja.

Pembinaan 19 pakej bermula sebelum kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), manakala kelemahan sistem maklumat mengakibatkan kehilangan 77,299 fail pemantauan.

Mas Ermieyati berkata, masalah lain meliputi tapak tidak tersedia, pengalihan utiliti, perubahan reka bentuk, kelewatan, pemantauan lemah, pelanggaran peraturan dan kontrak serta kepincangan tatakelola.

PAC memandang serius jurang perbelanjaan dengan kemajuan projek yang dijangka memerlukan tambahan dana. – MYNEWSHUB

Tags: Baru 11.4 Peratus SiapDibelanjaPAC TerkejutPan Borneo Sabah Fasa 1RM10.547 Bilion
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1 Sepatutnya Siap Lima Tahun Lalu, Kos Meningkat Kepada RM18.394 Bilion

Pan Borneo Sabah Fasa 1 Sepatutnya Siap Lima Tahun Lalu, Kos Meningkat Kepada RM18.394 Bilion

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1 yang sepatutnya siap lima tahun lalu masih berdepan kelewatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd