• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Tuduh Kuda Kepang Pula ‘Dicuri’

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pengguna media sosial di Indonesia menuduh Malaysia cuba ‘curi’ tarian kuda kepang selepas peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand International dari Malaysia bergambar dengan kuda kepang.

Peserta dari Malaysia, Sanjeda John bergambar dengan pakaian tradisional sambil memegang kuda kepang atau dikenali sebagai kuda lumping di Indonesia dalam satu sesi fotografi baru-baru ini.

Miss Grand International berlangsung di Vietnam pada Khamis ini sebelum berakhir pada 25 Oktober depan.

Ramai pengguna media sosial di Indonesia melahirkan kemarahan dan mendakwa kupang kepang adalah budaya asal penduduk Jawa.

Beberapa pengguna juga menuduh Malaysia sekali lagi cuba mencuri budaya Indonesia.

Sebelum ini, Malaysia juga pernah dituduh media Indonesia mencuri budaya dan makanan negara itu termasuk batik, rendang, cendol dan lagu Rasa Sayang.

Sementara itu, seorang pereka fesyen Indonesia, Rinaldy A Yunardi menggesa kerajaan Indonesia mempatenkan semua budaya dan kesenian milik negara itu.

“Selepas ini apa lagi? Saya harap pemerintah supaya lebih peduli,” katanya yang dipetik Jawa Pos. – Agensi/myMetro Online

Tags: IndonesiaKuda Kepang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd