• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu 2 Anak Didenda RM6,000 Guna Wang Pelanggan

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara menggunakan dan mengeluarkan wang milik seorang pelanggan, seorang juruwang wanita di sebuah kedai peralatan sukan didenda RM6,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Syed Faisal Syed Amir menjatuhkan hukuman itu terhadap Zuraidah Abdullah, 31, selepas wanita itu mengaku bersalah atas tuduhan memiliki kad pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank milik suri rumah, Malkeet Kaur, 40, dan telah mengeluarkan wang RM10,000 dari mesin ATM berlainan dan turut menggunakan RM184 di kedai peralatan sukan itu.

Wanita itu melakukan kesalahan tersebut di Sport Planet Odeon Walk, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, pada jam 6 petang, 1 Okt lepas mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu , Zuraidah yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon denda rendah atas alasan dia tidak bekerja.

“Saya mempunyai dua anak dan hanya suami saya sahaja yang bekerja,” katanya dalam nada yang sebak.

Timbalan Pendakwa Raya, Amira Sariaty Zainal memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh kerana kesalahan yang dilakukannya adalah serius.

“Mangsa merupakan pelanggan di kedai tersebut, sepatutnya tertuduh sebagai juruwang perlu bersikap amanah dan bertanggungjawab. Dia seharusnya memulangkan kad ATM mangsa sebaik sahaja urusan transaksi selesai.

“Namun, tertuduh telah mengambil kesempatan dan mengeluarkan RM10,000 serta menggunakan RM184 untuk membeli kasut di tempat dia bekerja,”katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa telah berurusan dengan tertuduh di kedai tersebut untuk membeli barang dengan menggunakan kad debit ATM, namun, sebaik sahaja selesai membuat pembayaran mangsa terus beredar dan kad ATM milik mangsa tertinggal.

Bagaimanapun, wanita itu menyedari kad ATMnya tertinggal di kaunter bayaran di premis tersebut, lalu mangsa membuat semakan dan mendapati terdapat pengeluaran wang di mesin ATM melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bank yang menunjukkan tertuduh telah mengambil kad ATM mangsa. – BERNAMA

Tags: didenda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

29/08/2024
0

MELAKA: Seorang pekerja pengurusan jenazah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah menakutkan isterinya dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd