Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Cebisan Badan Dipercayai Mangsa...

LAHAD DATU - Cebisan badan dipercayai milik mangsa yang dilaporkan diserang buaya semalam,...

Allah Bagi Petunjuk, Ada...

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz menyelar...

Warkah Terakhir Untuk Kau...

KEHILANGAN seseorang yang rapat dengan diri kita memang peristiwa yang menyedihkan dan akan...

Suami Dipenjara 7 Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang suami terpaksa merengkok di penjara selama tujuh bulan kerana...

Bajet: DPMM Harap Kaji Semula Kadar Penalti Cukai

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berharap kerajaan mengkaji semula peningkatan kadar penalti kepada 100 peratus terhadap kesalahan mengelak dan melaporkan jumlah cukai tidak tepat dalam kalangan pembayar cukai.

Dalam harapan Bajet 2018, Naib Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon berkata penstrukturan semula perlu dilakukan untuk mengelak usahawan khususnya, daripada terbeban dengan kadar penalti yang tinggi.

Terdahulu, Lembaga Hasil Dalam Negeri mengumunkan peningkaran kadar penalti daripada 45 peratus kepada 100 peratus bermula Januari 2018, ekoran wujudnya kes-kes ketirisan pembayaran cukai yang melibatkan syarikat yang menjana keuntungan ratusan juta ke berbilion ringgit.

“Kita harapkan cadangan ini ditangguhkan memandangkan kedudukan ekonomi yang tidak menentu, dan kadar semasa pada 45 peratus, dikekalkan.

“Ini secara tidak langsung dapat membantu usahawan menjalankan perniagaan dalam ekonomi suram,” katanya pada sidang media pada forum Halal bertajuk “Forum Perniagaan Halal ‘Nasional : Integriti, Cabaran dan Peluang Halal, di sini hari ini.

Beliau juga berkata DPMM turut mengesyorkan kerajaan menjalankan pemutihan terhadap pembayar cukai, terutama bagi mereka yang sudah lima atau 10 tahun ke atas, yang tidak membayar cukai yang ditetapkan.

“Kemungkinan sudah timbul kesedaran dalam kalangan mereka, namun disebabkan kadar penalti yang tinggi membuatkan mereka merasa terbeban dan takut.


“Menerusi proses pemutihan yang dicadangkan ini, akan mendorong mereka untuk tampil membayar cukai, sekali gus menambah pendapatan negara,” katanya.

Sementara itu, Norsyahrin berkata forum perniagaan Halal anjuran DPMM yang akan diadakan di Terengganu pada 23-24 Okt ini mensasarkan penyertaaan daripada 200 peserta dari seluruh negeri.

“Setakat ini, kita sudah menerima 180 pendaftaran, dan dijangka sasaran tersebut dapat dicapai memandangkan isu-isu yang akan dibincangkan sesuai dengan perkembangan semasa industri halal,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DPMM

Kategori