• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Yusoff Ayob Didenda RM2,000

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini selepas didapati bersalah kerana memandu di lorong kecemasan di Lingkaran Putrajaya, Putrajaya pada 7 Oktober 2016.

Majistret Muhammad Zaki Abd Kudos membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan daripada pendakwaan dan pembelaan.

Muhammad Zaki juga menetapkan penjara empat bulan jika tertuduh gagal membayar denda. Bagaimanapun, Yusoff membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Yusoff selaku orang kena saman (OKS) didakwa memandu di lorong kecemasan menggunakan kenderaan bernombor BLY 68 di Lingkaran Putrajaya, Putrajaya, pada jam 6.27 malam, 7 Oktober 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 119 (1) (c) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 119 (2), Akta Pengangkutan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam bela tertuduh Datuk Baljit Singh dalam rayuannya meminta mahkamah memberi hukuman setimpal kepada anak guamnya kerana ia bukan kes mengikut Kanun Keseksaan, sebaliknya Akta Pengangkutan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Izzat Fauzan berkata, pihak pendakwaan mahu OKS menerima hukuman sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada orang lain.

Menurutnya, pihak pendakwaan juga mahu satu mesej jelas diberikan kepada OKS dan agensi penguatkuasaan lain bahawa mereka perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Sebelum ini, Yusoff didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada 18 Julai lalu selepas mengaku salah kerana memandu di lorong kecemasan sebelum menukar pengakuan kepada tidak bersalah pada 25 Julai lalu apabila didakwa semula.

Kes itu menimbulkan kontroversi apabila Yusoff tidak hadir ketika didakwa sebelum ini dan diwakili pegawai khasnya sebelum mengaku bersalah terhadap tuduhan sama.

Bagaimanapun, pada 21 Julai lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ab Karim Ab Rahman mengarahkan Yusoff didakwa semula dalam satu permohonan semakan semula kes berkenaan. – Harian Metro

Tags: Datuk Yusoff Ayobdidenda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

29/08/2024
0

MELAKA: Seorang pekerja pengurusan jenazah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah menakutkan isterinya dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd