• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuai Punya Pasal, Anjing Lepak Masuk Masjid

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – “Anjing pun nak pergi masjid,” itu antara komen netizen yang terkejut selepas mengetahui sebuah masjid di Bandar Meru Raya, di sini ‘dikunjungi’ oleh lapan ekor anjing liar, minggu lalu.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi Jumaat itu hanya disedari oleh siak Masjid Al-Ansar apabila pintu belakang masjid berkenaan tidak ditutup rapat seperti biasa, selain kesan tapak kaki binatang najis mughallazah berkenaan.

“Saya percaya kumpulan anjing ini berjaya masuk ke masjid menerusi pintu belakang yang tidak ditutup. Selepas Isyak semua pintu biasanya ditutup.

“Mungkin malam itu ada jemaah yang tidak menutup rapat pintu,” kata Muhammad Radzi Yaakub seperti yang dipetik Sinar Harian.

Tambahnya, anjing tersebut dipercayai datang dari kawasan pembinaan yang berhampiran dan ia merupakan kejadian pertama kali sejak masjid itu dirasmikan pada 2015 lalu.

Sementara itu pengerusi masjid, Muntaha Kamil Halid berkata pihaknya telah merujuk perkara tersebut kepada pihak Timbalan Mufti Perak khususnya mengenai soal pembersihan masjid.

Katanya, berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), pihak masjid dimaklumkan pembersihan hanya perlu dilakukan dengan kaedah biasa.

“Kami rujuk perkara berkenaan kepada timbalan mufti dan kami yakin ia dalam keadaan kering.

“Jadi kami bersihkannya menggunakan vakum dan semburan sahaja,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anjingcuaimasjid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd