• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bellew Tinggalkan MAB Selepas Setahun

oleh AK-47
20/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS setahun menerajui Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew akhirnya meninggalkan syarikat penerbangan nasional itu dan kembali semula untuk berkhidmat di Ryanair Ltd. (Ryanair).

Langkah terbabit adalah tindakan mengejutkan dalam industri kerana sebelum ini Bellew menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai semula syarikat penerbangan tambang rendah dari Ireland itu dan berbangga menjadi sebahagian daripada transformasi MAB.

Menerusi laporan The Irish Times, Bellew dilaporkan bakal memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi berkuatkuasa mulai 1 Disember ini dan bertanggungjawab terhadap operasi pesawat, kejuruteraan dan pengendalian di bahagian darat tetapi lebih khusus kepada melahirkan juruterbang, latihan dan pembangunan karier.

Malah, menurut laporan yang sama, beliau turut diberi kepercayaan untuk memastikan kegagalan yang dibuat oleh juruterbang Ryanair sebelum ini pada awal September lalu tidak akan berulang lagi.

“Saya begitu teruja untuk kembali bersama Ryanair dan mengambil cabaran ini untuk memastikan operasi berkembang dengan lebih mampan.

“Saya melihat untuk bekerjasama dengan semua pasukan dan kru yang saya kenali dengan baik selama ini untuk membantu perkembangan Ryanair mencapai 600 pesawat dalam tempoh enam tahun akan datang,” katanya dipetik dalam The Irish Time.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Ryanair, Michael O Leary berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAB itu akan mengetuai pelan transformasi dan berhubung dengan semua juruterbang bagi meningkatkan persekitaran kerja dan pembangunan kerjaya pada masa akan datang.

Bellew bertugas selama sedekad di Ryanair sebelum menyertai MAB pada akhir 2015 sebagai Ketua Pegawai Operasi sebelum dinaikkan pangkat sebagai CEO pada pertengahan 2016.

Sementara itu, MAB dalam kenyataan berasingan berkata, syarikat penerbangan nasional itu mengambil maklum mengenai pengumuman yang tidak dijangka itu oleh Ryanair kepada London Stock Exchange (LSE) mengenai Bellew.

“Lembaga Pengarah MAB akan berjumpa dan membuat pengumuman mengenai perkara ini. Bagaimanapun, operasi dan servis syarikat kekal sama kepada pelanggan setia MAB.

“Pelan transformasi MAB juga akan kekal seperti biasa dan masih berada pada landasan pelaksanaan berdasarkan Pelan Pemulihan MAS (MRP),” katanya. – Harian Metro

Tags: CEOMAHBpeter bellew
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MERCY Mahu Kumpul RM5 Juta Bantu Rohingya

Next Post

Najib Meriahkan Sambutan Deepavali Di Batu Caves

Related Posts

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

Bekas CEO Dihukum Penjara 2 Tahun, Denda RM1.3 Juta

Bekas CEO Dihukum Penjara 2 Tahun, Denda RM1.3 Juta

13/12/2024
0

Ayer Keroh : Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dijatuhi hukuman penjara dua tahun...

Next Post

Najib Meriahkan Sambutan Deepavali Di Batu Caves

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd