• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MERCY Mahu Kumpul RM5 Juta Bantu Rohingya

oleh AK-47
18/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MERCY Malaysia mahu mengumpul RM5 juta bagi membantu pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh dan RM1 juta bagi membantu penduduk Islam di Utara Rakhine, Myanmar.

Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata mereka kebimbangan utama mereka ialah berlaku wabak penyakit ekoran keadaan persekitaran yang padat dengan penduduk yang melarikan diri.

“Kami merayu setiap orang untuk menyumbang bagi menjadikan kehidupan di Cox’s Bazar lebih baik,” kata Dr. Ahmad Faizal dalam satu kenyataan.

Sumbangan boleh dibuat kepada ‘Rohingya Relief Fund’ MERCY Malaysia di www.mercy.org.my.

Beliau berkata keperluan yang mendesak di sana ketika ini ialah perkhidmatan kesihatan dengan MERCY Malaysia telah menyediakan bantuan di klinik kesihatan di kem Thangkhali dan Balukhali sejak penghujung bulan lepas.

“Pegawai perubatan kami di klinik di Thangkhali merawat 100 pesakit setiap hari sementara di kem Balukhali kira-kira pesakit 300 sehari.

“Sehingga kini hampir 7,000 pesakit dirawat kerana cirit birit, sakit kepala, demam atau jangkitan, masalah kulit dan radang perut,” katanya.

Dr. Ahmad Faizal berkata MERCY Malaysia juga dalam proses mewujudkan ruang mesra kanak-kanak pelarian di bawah umur 17 tahun yang mengalami kesan tekanan di Myanmar.

Beliau berkata pihaknya akan memfokus kepada pusat kesihatan di kawasan Sambungan Kutupalong Blok D yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan.

“Turut dirancang ialah sistem klinikal yang sempurna dan sistem rujukan bagi merujuk pesakit dengan keadaan kronik ke pusat rujukan seperti Hospital Besar Cox’s Bazar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd PerdausPelarian Rohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Sedia Bantu JIM Kesan 60 Pelarian Rohingya

31/05/2022
0

Kuala Lumpur : Polis Kuala Lumpur bersedia membantu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan baki 60 pelarian etnik warga Rohingya yang...

KDN Pergiat Buru 60 Pelarian Rohingya Lolos Depot

28/05/2022
0

KLANG : Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempergiat usaha memburu 60 pelarian Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Tahanan Sementara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd