• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pegawai LHDN Dikesan Jadi ‘Duri Dalam Daging’

oleh Ahmad Albab
18/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan seorang lelaki yang aktif memberikan pandangan negatif dan mengkritik kerajaan serta pemimpin negara di laman Facebook tidak lagi berkhidmat dengan agensi tersebut.

Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN dalam satu kenyataan media menjelaskan, individu yang menggunakan akaun Facebook Shariff Hjahmad itu sebenarnya telah bersara pada Ogos tahun lalu.

Justeru, LHDN menggesa individu terbabit agar tidak lagi mengaitkan dirinya sebagai pegawai LHDN dalam mengeluarkan sebarang komen negatif ke atas kerajaan.

“LHDN ingin menafikan individu tersebut masih mempunyai perkaitan dengan LHDN dan menegaskan bahawa pendapat dan komen beliau di laman sosial adalah tidak mewakili LHDN.

“LHDN juga menggesa individu terbabit agar tidak mengaitkan dirinya dengan LHDN memandangkan beliau sudah tidak lagi berkhidmat dengan LHDN,” kata kenyataan itu hari ini.

Pemilik akaun facebook tersebut dikecam netizen kerana mengeluarkan pelbagai kenyataan mengecam kerajaan tetapi mengaku dirinya sebagai pegawai LHDN.

Pemilik akaun laman sosial itu dipercayai penyokong tegar pembangkang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad berdasarkan gambar-gambar yang muat naik dalam akaun Facebook tersebut.

Salah seorang netizen yang kesal dengan perbuatan lelaki berkenaan menulis di ruangan komen Facebook bekas pegawai LHDN tersebut seperti berikut:

“Duri dalam daging macam ini jangan disimpan. Kalau DAP yang menang dialah yang akan jadi “Bujang” dalam cerita Sarjan Hassan.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: LHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd